Gambaran Keseluruhan

Program Geran Penghijauan Bandar George Town dan Bayan Lepas merupakan sebahagian daripada Program Penyesuaian Iklim Berasaskan Alam Semulajadi bagi Kawasan Bandar Pulau Pinang.

Program ini menggalakkan penghijauan muka hadapan dan atas bumbung bangunan yang sedia ada untuk meningkatkan pengadaptasian struktur hijau dan bumbung hijau vertikal (menegak) untuk mengurangkan suhu di jalanan dan di dalam bangunan, serta kesan Pulau Haba Bandar (UHI). Ia juga bertujuan mempromosikan penghijauan bandar bagi membina amalan mampan dan bingkas yang berasaskan penggunaan alam semulajadi, seperti berkebun.

Objektif Program

Program Geran Penghijauan Bandar akan menyediakan pemohon yang berjaya dengan dana untuk memperkenalkan muka hadapan hijau atau bumbung hijau bangunan. Selari dengan objektif untuk menurunkan suhu dan kesan UHI, program geran ini bertujuan mencapai objektif berikut:

Jangkaan Hasil Program

Projek yang layak dijangka akan membuahkan hasil berikut:

Memperkenalkan muka hadapan/bumbung hijau dengan litupan luas tumbuh-tumbuhan dan daya tarikan visual bagi menarik perhatian orang ramai

Mengurangkan suhu udara di ruang berdekatan dan penambahan haba dalam bangunan, permintaan penyejukan/penggunaan tenaga dan membuktikannya melalui data/rekod yang sah

Menggalakkan amalan baik dalam pelaksanaan penghijauan vertikal dan mendatar, yang merangkumi kemampanan jangka panjang

*Note: Projek cadangan mesti menyertakan manual penyelenggaraan yang dikemukakan dalam laporan akhir setelah disiapkan dan komitmen untuk menyelenggara muka hadapan/bumbung hijau selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

Terma Rujukan

Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai Program Geran Penghijauan Bandar George Town dan Bayan Lepas, muat turun Terma Rujukan di bawah:

Muat Turun

Kawasan Fokus

Program ini memberi keutamaan kepada kawasan dalam George Town dan Bayan Lepas dengan Kesan UHI yang tinggi.

map of George Town heatmap of George Town and Bayan Lepas heatmap of George Town 2020 heat map of Bayan Lepas 2020

Soalan Lazim

Apakah yang disokong program ini?

Kami menyokong perbelanjaan langsung anda bagi melaksanakan cadangan projek muka hadapan hijau atau bumbung hijau yang dalam anggaran:

Siapa yang boleh memohon program ini?

Program geran ini terbuka kepada:

Individu
Kolektif
Organisasi berasaskan komuniti (CBO) dan badan bukan kerajaan (NGO)*

Pemohon utama haruslah memikul tanggungjawab pentadbiran sepenuhnya, serta terlibat secara aktif dalam keseluruhan proses.

*Organisasi yang didaftarkan bawah Pendaftaran Syarikat (ROC), Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Pendaftaran Perniagaan (ROB) dialu-alukan untuk memohon.

Bagaimana cara untuk memohon?

Permohonan dibuka daripada 24 Nov sehingga 12 Jan

Pemohon yang berminat dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu sesi taklimat geran kami

*Tarikh dan tempat untuk sesi ini akan diumumkan di laman web Think City dan akan diberitahu melalui semua platform Think City yang berkaitan.

Muat turun borang permohonan di sini

Muat Turun

Serahkan borang permohonan anda dan dokumen berkaitan kepada pnbcap@thinkcity.com.my

Apakah garis masa program?

chart of timeline

Apakah projek yang layak untuk program ini?

Program geran ini sedang mencari projek di George Town dan Bayan Lepas yang memenuhi semua kriteria berikut:

Menyertakan pengubahsuaian (retrofit) muka hadapan atau bumbung sedia ada untuk memperkenalkan penghijauan vertikal atau bumbung hijau
Bangunan milik persendirian di George Town atau Bayan Lepas untuk kegunaan komersial, perindustrian, institusi atau lain-lain. Bangunan hendaklah wujud dan diduduki secara fizikal pada masa permohonan
Kehijauan vertikal: muka hadapan berada di atas tanah dan/atau ditinggikan, menghadap jalan atau ruang awam dengan manfaat ketara/boleh diukur untuk semua
Bumbung hijau: reka bentuk yang mudah diselenggara dengan sistem yang ringan
Mematuhi keperluan kawalan bangunan berkaitan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang, iaitu permohonan permit penambahan ketinggian bangunan/pembaikan/pemulihan bagi bangunan warisan yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia George Town
*Tidak melibatkan mana-mana bangunan dalam Kategori I
Belum dimulakan sebelum tarikh pengumuman pemberian geran

*Bangunan yang disenaraikan dalam Kategori I adalah (a) bangunan, monumen, objek dan tapak yang mempunyai kepentingan istimewa, (b) bangunan dan monumen yang diisytiharkan sebagai purba dan sebelum ini diwartakan bawah Akta Benda Purba 1976 yang kini bawah Akta Warisan Kebangsaan (2005), (c) bangunan dan monumen yang didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan bawah Akta Warisan Kebangsaan (2005). Sumber: George Town Historic Cities of the Straits Malacca Special Area Plan, D4-1, 2016.

Sila rujuk kepada Terma Rujukan (TOR) untuk maklumat lanjut.

Apakah skop aktiviti/kerja yang disokong program ini?

Program ini menyokong aktiviti/tugasan berikut:

Yuran Perundingan Profesional
Professional Consultancy icon

Arkitek landskap/arkitek/jurutera struktur/pakar muka hadapan/pakar arborikultur bertauliah

Pentadbiran
Administrative icon

Yuran pemprosesan permohonan permit dan lain-lain

Pembinaan
Construction icon

Semua aktiviti buruh dan pembinaan yang diperlukan untuk menyiapkan projek

Bekalan dan Bahan-Bahan
Administrative icon

Tumbuh-tumbuhan, tanah/sungkupan, saluran pengairan, membran kalis air, struktur sokongan/panel modular, dan kotak penanam

Apakah contoh aktiviti/kerja yang tidak disokong program ini?

Program ini tidak menyokong aktiviti/tugasan berikut:

Alatan (contoh: penyodok, kereta sorong)
Alat pelindung diri
Kos perjalanan /perbatuan
Pengubahsuaian struktur
Penyelenggaraan
Kos lain yang tidak berkaitan dengan pembinaan muka hadapan/bumbung hijau

*Ini hanyalah contoh, dan permohonan akan tetap dinilai satu persatu.

Apa yang berlaku selepas permohonan dinilai?

Pemohon yang Berjaya
  • Pemohon yang berjaya akan menerima pemberitahuan e-mel rasmi dengan Surat Tawaran (Letter of Offer).
  • Tawaran sah selama tujuh (7) hari daripada masa pemberitahuan rasmi e-mel dihantar. Jika anda tidak menerima tawaran dalam tempoh masa ini, tawaran itu akan luput.
  • Sebagai penerima geran yang berjaya, anda perlu hadir ke Bengkel Permohonan yang Diluluskan (Approved Application Workshop) dengan Think City untuk mengesahkan terma dan syarat pemberian geran.
  • Setelah hasil pencapaian utama dipersetujui oleh penerima yang berjaya dan Think City, anda akan menerima Surat Anugerah (Letter of Award) yang menyatakan:
    1. Jumlah geran yang diluluskan;
    2. Terma & Syarat projek; dan
    3. Skop kerja dan senarai hasil pencapaian utama.
Pemohon yang Tidak Berjaya
Pemohon yang tidak berjaya akan menerima e-mel jika permohonan tersebut tidak disenarai pendek.

*Think City tidak akan menerima sebarang rayuan. Semua keputusan adalah muktamad.

Are there any maintenance requirements after project completion?

Tahun 1 - Tahun 3

Muka hadapan/bumbung hijau projek akan menjadi pemasangan kekal dan diselenggara sekurang-kurangnya 3 tahun selepas disiapkan.

Penerima geran hendaklah memastikan muka hadapan/bumbung hijau dikekalkan walaupun terdapat perubahan pemilikan bangunan dalam tempoh penyelenggaraan minimum.

Sekiranya pemasangan dialih sebelum tempoh penyelenggaraan minimum, jumlah geran penuh yang disediakan oleh Think City harus diberikan semula.

Bagaimana cara menghubungi kami bagi sebarang pertanyaan?

Sila WhatsApp kami di +6011-3790-7803
E-mel kami di pnbcap@thinkcity.com.my

Sesi Perkongsian

Rakan Pelaksana

Dibangunkan oleh

Think City logo

Dengan kerjasama

AF logo

Dibangunkan oleh

Think City logo

Dengan kerjasama

AF logo

Dengan sokongan daripada

UNH logo
kkm logo
MBPP logo
JSM logo
Penang logo
yayasan hasanah logo

Adakah Anda Ada Sebarang Soalan?