K2K Badminton Tournament

Badminton Tournament

The Badminton Training at PPR Kg Baru Hicom was a result of the community recognising the need for more youth-centric initiatives. The community initially did the training in the open-air courtyards within the PPR, utilising existing space that gathers children to interact and play. Led by coaches from J8 Autism Athletics, the initiatives evolved over the two years with later sessions held at a more conducive court nearby.

On 8 December 2022, the community held a Badminton Tournament at New Vision Badminton Court, Seksyen 13, Petaling Jaya. With 48 participants involved, the morning started early for the community. With parents contributing to logistics, the participants grouped in the community-based organisation’ room as early as 7.30am and carpooled to Petaling Jaya from Shah Alam.

Upon arrival, the community set up the tournament followed by a short briefing for parents, umpires and linesman judges. The competition began in earnest at 9.30am, with drinks and snacks provided throughout. The children played with gusto, and the competitive spirit apparent even in children as young as 10. Parents who attended were as enthusiastic, cheering their children from the sidelines.

As is the nature of tournaments, there are wins and losses. Yet, everybody was acknowledged for their
participation and dedication throughout the training and tournament during the prize-giving ceremony. It is important to support the children in their participation in sports activities. Equally so is rewarding them for their time and hard work. After all, it takes a village to raise a child, let alone another Lee Chong Wei.

Kejohanan Badminton

Latihan Badminton merupakan hasil daripada gerak balas komuniti untuk memperbanyak inisiatif berpaksikan belia. Komuniti PPR Hicom pada mulanya melakukan latihan di halaman terbuka di dalam kawasan PPR. Walaupun ruang sedia ada tidak berada dalam keadaan yang baik, tetapi, ianya memadai untuk untuk kanak-kanak berkumpul dan bermain. Dipimpin oleh jurulatih daripada J8 Autism Athletics, usaha ini berkembang sejak dua tahun lepas, dan sesi kemudiannya diadakan setiap minggu di gelanggang badminton yang berhampiran.

Pada Disember 2022, komuniti telah mengadakan Kejohanan Badminton: disertai 48 kanak-kanak, di Gelanggang Badminton New Vision, Seksyen 13, Petaling Jaya. Sesudah subuh, mereka berkumpul di bilik persatuan penduduk (PERWACOM) dan menaiki kereta secara berkumpulan, dari Shah Alam ke Petaling Jaya.

Sebaik sahaja sampai, komuniti PPR Hicom segera menyediakan kelengkapan pertandingan dan mengadakan taklimat ringkas untuk peserta, pengadil dan hakim garis. Minuman dan makanan ringan disediakan untuk kanak- kanak, dan permainan bermula tepat pada jam 9:30 pagi. Para peserta bermain dengan penuh bersemangat, dan jiwa berdaya saing terserlah dalam kanak-kanak seawal 10 tahun. Ibu bapa yang hadir juga bersorak untuk menyokong anak-anak mereka yang bertanding.

Seperti adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah. Semasa majlis penyampaian hadiah, setiap peserta dan sukarelawan dipanggil ke atas pentas dan diberi pengiktirafan atas penyertaan dan dedikasi mereka. Akhir sekali, ianya menjadi tanggung jawab kita untuk sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.