Reka bentuk sebuah kota tidak semestinya mempertimbangkan keperluan wanita. Mengapa dan apakah unsur-unsur yang perlu difikirkan? PUAN NORZAINI BINTI NORDIN, Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Fizikal, DBKL, memberi pendapatnya.

 

Pada pandangan pertama , himpunan seramai 60 lebih orang wanita di sebuah acara di Detroit awal tahun 2016 kelihatan seperti kegiatan networking yang tipikal. Di sebaliknya, mereka berkumpul bukan sekadar meningkatkan kerjaya mereka semata-mata , tetapi untuk membincangkan cara-cara mempergiatkan kuasa kolektif wanita buat kehidupan di bandar di masa hadapan.

 

Majlis yang digelar Sister City ini, dikendalikan di bawah naungan The Detroit Women’s Leadership Network untuk mencetuskan perbualan mengenai kehidupan kaum wanita di bandar.

 

Mengikut  Wendy Lewis Jackson, Pengarah Urusan, The Detroit Program,  dari The Kresge Foundation, dan salah seorang penceramah di majlis Sister City itu – banyak isu yang perlu difikirkan untuk meningkatkan kualiti hidup dan pengalaman wanita di bandar.

 

“Penyelesaian yang berfokuskan kaum wanita di bandar sangat diperlukan sekarang kerana ianya jelas apabila anda melihat bagaimana mereka diabaikan dalam reka bentuk sesebuah bandar.

“Perkara -perkara seperti akses kepada ruang awam, zon untuk perumahan dan rekaan kemudahan seperti pengangkutan – kadangkalanya meminggirkan wanita dan menjejaskan keselamatan mereka,” katanya.

“Sebenarnya, terdapat banyak halangan tersembunyi yang menahan kemajuan kaum wanita  di kota,” beliau bersambung.

 

woman overlooking cityscape
Rekacipta bandar sering tidak mengambil berat keperluan kaum wanita. Photo: Swaraj Tawari

 

Reka bentuk kota menjejaskan hidup wanita

Wanita bergerak dan mengguna kemudahan bandar dengan cara yang berbeza dari lelaki. Menurut Persatuan Perancangan Amerika Syarikat (American Planning Association) dan  Forum Perancangan Wanita di Universiti Cornell, kadar kemiskinan antara wanita adalah lebih tinggi dan mereka juga mempunyai keperluan perumahan yang berbeza. Ramai antara mereka masih  bertanggungjawab untuk kebanyakan kerja rumah serta penjagaan anak. Lagipun, mereka mempunyai cara unik apabila bergerak di kota, berkaitan dengan kerjaya dan tanggungjawab rumah.


Sebuah kajian yang telah dikendalikan pada tahun 2014 yang melibatkan seramai 600 lembaga perancang bandar dari seluruh dunia mendedahkan bahawa kebanyakan rancangan bandar tidak menangani keperluan wanita, dan pemaju tempatan tidak responsif terhadap mereka.

 

Antara cabaran dihadapi wanita mungkin kelihatan kecil, seperti pengendalian kereta sorong bayi semasa turun naik tangga,  atau tandas yang tidak mempunyai tempat salinan lampin. Namun terdapat banyak lagi situasi yang lebih serius, seperti wanita mengelak penggunaan transit awam kerana perhentian bas berada dalam keadaan gelap dan sunyi, yang menyebabkan mereka berasa tidak selamat.

 

woman with umbrella crossing road
Wanita bergerak secara berlainan daripada kaum lelaki di kawasan bandar. Photo: Bagus Ghufron

 

Membawa Kaum Wanita ke Ruang Awam

Kesedaran mengenai cabaran-cabaran kaum wanita semakin meningkat. Perubahan yang paling transformatif telahpun berlaku di kota-kota di Eropah, seperti di Vienna, di mana taman-taman, jalan raya serta perumahan telah direkabentuk semula sejak beberapa dekad lalu sebagai reaksi terhadap kemusykilan penduduk perempuan.

 

Di negeri Kanada, sebuah organisasi dari Toronto telah mencipta sebuah sistem ‘audit keselamatan’ di mana penduduk-penduduk wanita dapat mengenal pasti lokasi-lokasi di mana mereka tidak berasa selamat. ‘Audit’ ini telah juga diterima pakai di beberapa kota lain di dunia.

 

Bagaimana pula di Kuala Lumpur?

Menurut Puan Norzaini binti Nordin, Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Fizikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, salah satu daripada isu-isu yang telah dikenalpasti sebagai prioriti adalah tahap keselamatan si pejalan kaki, dan selanjutnya, keselamatan penghuni wanita.

 

Antara projek-projek yang di dalam rancangan termasuklah inisiatif seperti “City in a Park”, di mana DBKL bertujuan manyambungkan kawasan-kawasan berlainan di bandar dengan laluan-laluan yang menggalakkan pejalan kaki mahupun penunggang basikal.

 

“Ia sebenarnya agak selamat untuk berjalan-jalan di kotaraya kita ini. Saya, sebagai seorang wanita, serta seorang perancang bandar, sering berjalan kaki dan naik tren semasa ke kerja, ke mesyuarat, mahupun pulang ke rumah,” kata Puan Norzaini.

 

“Sudah tentu,  kita perlu cukup bijak untuk mengelakkan lorong-lorong belakang yang kecil, yang gelap, di lokasi yang agak sunyi,  tetapi dari pengalaman saya – biasanya kota kami ini sangat selamat.”

 

DBKL telah berusaha mengubahsuai pengalaman berjalan kaki di Kuala Lumpur dari segi landskap, menyediakan kemudahan-kemudahan seperti jejantas yang memudahkan seseorang melintasi jalan, serta memastikan keadaan terang di jalanraya pada waktu malam. Tetapi ini merupakan sebahagian kecil sahaja yang di dalam rancangan.

 

“Kami masih berusaha, dan banyak lagi kerja yang perlu dikendalikan, tetapi itulah tujuan kami – untuk mengurangkan trafik di jalanraya dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam, serta menggalakkan orang berjalan kaki atau menunggang basikal. Kadang-kadang penduduk boleh naik LRT kemudian kembali berjalan.

 

“Yang pentingnya, DBKL serta pihak polis peka kepada keperluan kaum wanita, mahupun pelajar, pekerja pejabat, ataupun suri rumahtangga. Adakah mereka mengalami gangguan dari kaum lelaki semasa melalui kota? Adakah mereka berasa selesa menjalankan tugas atau tanggungjawab mereka? Adakah orang yang sedia membantu di keliling kota kalau mereka menemui apa-apa kesulitan? Selain daripada memerhatikan infrastruktur, kami juga mahu memastikan keselamatan mereka,” beliau bersambung.

 

“Yang pentingnya, DBKL serta pihak polis peka kepada keperluan kaum wanita, mahupun pelajar, pekerja pejabat, ataupun suri rumahtangga.” – Puan Norzaini Binti Nordin, Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Fizikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Photo: Angeline Teh

 

 

Puan Norzaini turut menyeritakan pengalamannya mengambil LRT lewat satu malam di mana seorang pegawai polis sempat bertanya stesen destinasinya. Apabila beliau sampai di stesen itu, seorang pegawai polis lain sedia menunggu ketibaannya kerana telah dihubungi pegawai polis yang pertama.

 

“Itu merupakan satu kejutan gembira, kerana melihat pihak polis bekerjasama untuk memastikan keselamatan saya.”

 

Puan Norzaini juga menitikberatkan isu menangani kebimbangan penduduk perempuan.

 

“Mengambil berat isu-isu wanita di kota tidak memburukkan kesejahteraan kaum lelaki, atau masyarakat lain. Di sebaliknya, ia juga membuka mata perancang bandar kepada keperluan kaum-kaum yang lain juga – komuniti kurang upaya, komuniti warga emas, komuniti pelancong, komuniti pendatang.  Semuanya perlu dipertimbangkan, dan pada akhirnya akan mencerminkan kemampuan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota, dalam memenuhi keperluan penduduknya.”

 

Beliau menegas bahawa pengalaman serta kesedaran ini telah memupuk sifat pendengar di kalangan pegawai DBKL, di mana kehendak masyarakat dipertimbangkan bersama kehendak perancang bandar.

 

“Masyarakat yang menjadikan sesebuah kota, bukan sebaliknya. Inilah yang mendorong kami di DBKL.”

 

###

You might also interested

Think Social

Ruang: Think City’s Multipurpose Community Space Brings Life to the City

[:en]Housed in a storied downtown building, Think City’s new multipurpose space offers the community an avenue for placemaking activities and ...

Think Urban

Think City x KUL Design Month

As part of KUL Design Month inaugurated by Kuala Lumpur City Hall at the end of 2017, Think City launched three programmes in keeping with the ...

Think Art + Culture

Kuala Lumpur in Literature Pt 3

“You’ll need to look further, beyond literary text, and include graffiti art and fine arts. In literary circles there tends to be a ...