Program Geran Pusat Bandaraya Johor Bahru : Seni, Warisan dan Budaya

Tutup

Budaya . Ruang . Komuniti

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan kerjasama Think City telah melancarkan Program Geran Pusat Bandaraya Johor Bahru: Seni, Warisan dan Budaya bagi menyokong inisiatif berasaskan komuniti yang menyediakan peluang menarik dan bermakna bagi meremajakan Pusat Bandaraya Johor Bahru.

Program geran ini merupakan pelengkap kepada inisiatif peremajaan Sungai Segget, selari dengan usaha IRDA dalam membina komuniti yang perkasa bagi mengaktifkan semula kawasan warisan Pusat Bandaraya Johor Bahru dan menjadikan Johor Bahru sebuah tempat tinggal yang menarik.

Program geran ini terbuka kepada individu, kolektif dan organisasi di seluruh negara yang berminat atau sedang aktif terlibat dalam usaha peremajaan Pusat Bandaraya Johor Bahru.

Kawasan Fokus Grean

Tema Geran

KANDUNGAN BUDAYA

Menghasilkan kandungan yang berkualiti melalui penyusunan, penerbitan, pendigitalan dan pentafsiran maklumat yang mampu mempelbagaikan pengalaman pengunjung.

CONTOH AKTIVITI:

1. Aktiviti berkaitan budaya yang merangkumi acara perayaan dan program jangkauan, jejak pengalaman, lawatan berpandu, museologi, instalasi seni dan banyak lagi.

2. Penerbitan fizikal dan digital yang berupaya meningkatkan pemahaman dan penghayatan orang ramai terhadap pusat bandar.

3. Penggunaan teknologi dan penyelesaian digital bagi mempromosi dan menambah baik tafsiran budaya di pusat bandar.

PENGAKTIFAN SEMULA RUANG

Menghidupkan semula, membaik pulih dan mengubah semula penggunaan bangunan-bangunan dan ruang usang untuk memelihara warisan bandar dan meningkatkan kebolehdiaman dan daya tarikan pengunjung.

CONTOH AKTIVITI:

1. Membaik pulih rumah kedai lama bagi memelihara nilai warisan dan meningkatkan daya tarikan pusat bandar.

2. Mengubah semula penggunaan ruang yang tidak digunakan dengan penggunaan baru bagi merangsang pembangunan ekonomi dan sosial.

3. Memperkenalkan pengisian baru di dalam ruang yang kurang digunakan bagi menambah baik pengalaman pengunjung.

PROGRAM KOMUNITI

Memperkasakan komuniti tempatan melalui program pembinaan kapasiti dan advokasi bagi menyumbang kepada aktiviti sosial dan ekonomi di pusat bandar.

CONTOH AKTIVITI:

1. Membina kapasiti, pengetahuan, dan kecekapan melalui program dan aktiviti untuk ke arah mencapai matlamat sosial dan ekonomi pusat bandar.

2. Mengukuhkan ekosistem ekonomi kreatif tempatan melalui program atau aktiviti seperti bengkel, ceramah, kelas induk, seminar.

Butiran Geran

KENAPA ANDA PERLU MEMOHON?


Bagi memangkin transformasi sosial dan ekonomi bandar melalui suntikan kandungan baharu, pengukuhan dan pembangunan komuniti serta peningkatan daya tarikan pusat bandar.

BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIPOHON?


Jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada sesuatu projek, dan tidak melebihi RM 50,000 bagi setiap projek. Projek yang dicadangkan perlu mempunyai impak kepada Pusat Bandaraya Johor Bahru.

Kami menggalakkan pemohon untuk mencari pembiayaan/pelaburan daripada sumber lain, memandangkan program geran ini tidak dapat membiayai 100% kos projek yang dicadangkan.

BILA ANDA BOLEH MEMOHON?


PERMOHONAN DIBUKA
30 Mei 2022

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
25 Julai 2022

PENGUMUMAN PENERIMA GERAN
25 September 2022

TEMPOH PENGHANTARAN

8 minggu

TEMPOH PENILAIAN PERMOHONAN

6 minggu dari tarikh tutup permohonan

Bagaimana Untuk Memohon

Permohonan untuk jawatan Program Geran kini telah ditutup.

Terima Kasih.

Soalan Lazim

Jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada sesuatu projek, dan tidak melebihi RM 50,000 bagi setiap projek.

Ya, selagi anda tinggal di Malaysia dan mempunyai kepentingan dan rakan kongsi tempatan dalam perniagaan, hartanah atau projek di Pusat Bandaraya Johor Bahru. Projek yang dicadangkan haruslah memberi manfaat kepada penggiat, pekerja tadbir dan perniagaan dalam arena seni, warisan dan budaya tempatan.

Selagi cadangan anda menyasarkan komuniti di dalam Pusat Bandaraya Johor Bahru dan mengikut tema geran yang dinyatakan di atas, anda dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan.

Ya, sila nyatakan pembiayaan yang diterima daripada sumber lain dalam templat bajet dalam borang permohonan dan lampirkan 'Letter of Interest' sebagai bukti.

Tidak. Kami hanya boleh menerima satu permohonan bagi setiap kitaran geran.

Ya, anda layak untuk memohon geran ini.

Semua projek mesti disiapkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penganugerahan geran. Walaubagaimanapun, permohonan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan boleh dibuat sekiranya ia perlu ditangguhkan disebabkan perkara-perkara di luar jangkaan.

Geran ini direka untuk membantu menambah pembiayaan projek anda dan ia tidak menyokong kos operasi seperti kos-kos pentadbiran atau overhed. Kami mencadangkan pemohon mendapatkan sokongan rakan usahasama yang lain untuk menampung kos pembiayaan yang tidak dapat disokong melalui geran ini.

Tidak. Program geran ini bertujuan untuk membiayai projek yang akan membantu kepada pemulihan jangka panjang dan daya tahan Pusat Bandaraya Johor Bahru. Ini adalah penting untuk memberi peluang kepada individu atau organisasi bagi memainkan peranan aktif dalam membina semula daya tahan. Kami sedang mencari idea dan kandungan baru untuk Pusat Bandaraya Johor Bahru!

Anda boleh memohon geran ini melalui borang permohonan soft copy (kaedah muat turun) atau melalui e-borang (kaedah dalam talian). Sekiranya terdapat dua atau lebih permohonan yang diterima daripada saluran-saluran sedia ada, pihak jawatankuasa hanya akan menerima satu permohonan sahaja. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan dalam proses permohonan, sila hubungi Think City di downtownJB@thinkcity.com.my atau hubungi/WhatsApp di +60 11-6175 6647.

Semua keputusan yang dibuat ke atas permohonan yang dikemukakan adalah muktamad. Kami mencadangkan supaya anda mendapatkan bimbingan daripada pasukan geran Think City terlebih dahulu sebelum menyerahkan permohonan.

Kami mengalu-alukan maklum balas daripada anda! Sila hubungi Think City di downtownJB@thinkcity.com.my atau hubungi/WhatsApp di +60 11-6175 6647.

Pembangunan Iskandar Malaysia telah meletakkan Pusat Bandaraya Johor Bahru yang kaya dengan keunikan aset warisan dan budaya sebagai sebuah nod warisan.

Atas kesedaran terhadap kepentingan penyertaan akar umbi dalam memastikan pembangunan sosial dan ekonomi tempatan yang mampan, IRDA, dengan kerjasama Think City telah melancarkan Program Geran Pusat Bandaraya Johor Bahru: Seni, Warisan dan Budaya, sebagai pelengkap kepada inisiatif peremajaan Sungai Segget.

Memfokuskan pada zon warisan Johor Bahru, program geran ini bertujuan untuk mengaktifkan semula kawasan Pusat Bandaraya Johor Bahru dengan inisiatif mampan yang akan memperkukuh dan mentransformasikan Pusat Bandaraya Johor Bahru.

Hubungi Kami

Hubungi Kami

"(Diperlukan)" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

EMEL
downtownJB@thinkcity.com.my

TELEFON / WHATSAPP
+60 11-6175 6647


Jalinan kerjasama antara

Dengan sokongan