Program Geran
Pusat Bandar Lama
Grants Programme

Ingin memohon geran?
Hubungi kami di
downtownKL@thinkcity.com.my

Program Geran Pusat Bandar Lama KL dengan sokongan Kementerian Kewangan, berakar umbikan semangat untuk mempergiat pusat bandar yang bersejarah ke arah penciptaan hab yang berdaya huni, aktif dan berkembang maju.

Program Geran ini bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang memberi kesan kepada komunti di Downtown Kuala Lumpur (DTKL) dalam usaha mencapai visi dalam menubuhkan sebuah ruang yang kreatif dan berbudaya di kawasan tersebut.

Dengan kejayaan Program Geran kitaran pertama, kami kini berfokus kepada menyokong perniagaan dan komuniti di DTKL untuk membina semula dan berkembang maju – Kitaran kedua kini dibuka untuk permohonan!

Geran ini terbuka kepada semua individu serta organisasi yang berteraskan kreativiti dan kedayatahanan sebagai komponen utama ke arah peremajaan DTKL.

Tema Geran

PENJANAAN SEMULA RUANG

Menghidupkan kembali bangunan-bangunan usang dan rosak di sekitar DTKL dengan membaik pulih, mengaktifkan dan mengguna semula bangunan-bangunan tersebut bagi memelihara warisan bandar.

  1. Penggunaan Semula
    • Penggunaan semula bangunan warisan untuk kegunaan dan kandungan baharu.
    • Pemulihan ruang hadapan bangunan atau landskap bumbung bangunan warisan.
  2. Inisiatif Hijau
    • Penyelesaian hijau dan mesra iklim untuk bangunan sedia ada dan sekitarnya.

PENCIPTAAN KANDUNGAN

Menghidupkan semula ruang yang kurang digunakan dengan program dan acara yang dikurasi untuk jangka panjang.

  1. Kandungan Budaya
    • Menganjurkan siri program jangka panjang untuk mengaktifkan semula DTKL dengan memanfaatkan aset warisan budaya di DTKL.
  2. Pembangunan Komuniti
    • Memperkasakan komuniti tempatan melalui program pembinaan kapasiti dan advokasi bagi menyumbang kepada aktiviti sosial dan ekonomi di pusat bandar.

Butiran Geran

KENAPA ANDA PERLU MEMOHON?


Insentif unik untuk anda memainkan peranan penting dalam mengubah DTKL kepada sebuah bandar yang aktif, diraikan dan berdaya tahan.

BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIPOHON?


Tiada had jumlah selagi projek dapat menunjukkan impak kelestarian kepada pemohon dan DTKL.

Namun demikian, geran ini tidak akan diberikan secara sepenuhnya. Kami menggalakkan pemohon untuk mencari pelabur/penaja bersama.

Bagaimana Untuk Memohon

Permohonan untuk jawatan Program Geran kini telah ditutup.

Terima Kasih.

FAQ

Semua pembiayaan projek akan dipertimbangkan berdasarkan impak projek.

Ya, selagi anda menetap di Malaysia dan mempunyai kepentingan dalam perniagaan, harta tanah atau projek di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Selagi cadangan anda bersasarkan kepada komuniti di kawasan Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur dan berada dalam skop tema geran yang disebutkan di atas, anda boleh mengemukakan permohonan.

Ya! Sila nyatakan dana yang dijamin dari sumber lain dalam templat anggaran borang permohonan dan sila berikan surat kepentingan sebagai bukti.

Tidak. Kami hanya menerima satu permohonan per organisasi bagi setiap kitaran pemberian.

Ya! Anda layak untuk memohon geran tersebut.

Projek-projek hendaklah dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh penganugerahan geran. Namun, permohonan untuk memanjangkan tempoh pelaksanaan boleh dilakukan sekiranya projek terpaksa ditangguhkan akibat keadaan yang tidak dapat diramalkan. Sila buat permohon untuk diperuntukkan masa tambahan berdasarkan terma geran anda.

Geran ini diwujudkan sebagai bantuan tambahan sehingga 50% daripada keseluruhan kos projek anda dan ini tidak termasuk kos operasi seperti kos pentadbiran atau overhed. Kami amat menggalakkan pemohon untuk mencari rakan kerjasama yang akan membiayai cadangan projek anda.

Tidak. Program geran ini bertujuan untuk membiayai projek idea yang akan membantu pemulihan dan ketahanan jangka panjang Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur. Ini adalah untuk memperkasakan individu atau organisasi untuk memainkan peranan aktif dalam membangunkan kembali dengan lebih baik dan berlestari. Kami meencari idea dan kandungan yang baru untuk Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur!

Anda boleh memohon geran ini melalui borang permohonan soft copy (Kaedah Muat Turun) atau melalui e-borang (Kaedah Dalam Talian). Harap maklum bahawa jawatankuasa hanya akan menerima satu permohonan cadangan walaupun terdapat pendua dalam kedua-dua kaedah permohonan tersebut. Sekiranya anda menghadapi kesukaran dalam proses permohonan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Think City di downtownKL@thinkcity.com.my atau hubungi / WhatsApp di talian +60 13-251 8930.

Semua keputusan yang dibuat mengenai permohonan yang dihantar adalah muktamad. Kami mengesyorkan anda untuk berunding dengan pasukan geran Think City sebelum menghantar permohonan.

Kami mengalu-alukan maklumbalas daripada bakal penerima geran! Sila hubungi Think City di downtownKL@thinkcity.com.my atau WhatsApp kami di +60 13-251 8930.

Think City, bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Jabatan Warisan Negara telah muwujudkan Pelan Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Creative & Cultural District Strategic Master Plan / KLCCD). Tujuannya adalah untuk menjana pertumbuhan DTKL melalui ekonomi berasaskan budaya, dan mewujudkan ruang-ruang kreatif dan berbudaya yang terangkum, asli dan berdaya maju yang menyulam fabirk sejarah disamping meningkatkan daya huni dan tarikan pengunjung.

Sebagai sebahagian daripada KLCCD, Program Geran Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur menggalakkan orang awam untuk mengambil inisiatif dan kepemilikan ruang dengan menyumbang penyelesaian inovatif yang akan meneguhkan dan mengubah DTKL.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Hubungi Kami