Program Geran Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur

Pembaharuan . Pemerkasaan . Peremajaan

Ketika usaha ke arah mencapai matlamat bagi mewujudkan sebuah daerah kreatif dan kebudayaan di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur sedang giat dilaksanakan, kami menyedari ianya agak terjejas kesan daripada penularan wabak Covid-19 ke atas perniagaan dan komuniti di kawasan ini.

Berdasarkan hasrat dan semangat yang tinggi ke arah pemulihan, Program Geran Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur telah diwujudkan untuk membentuk sebuah pusat tumpuan yang berdayahuni, aktif dan berkembang maju, dan inisiatif ini adalah disokong oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Geran ini terbuka kepada semua individu serta organisasi yang mempunyai idea untuk projek yang berunsurkan kreativiti dan kedayatahanan sebagai komponen utama ke arah peremajaan Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Tema Geran

Pembaharuan Perniagaan

Membantu perkembangan perniagaan atau organisasi sedia ada melalui inisiatif yang boleh mempercepatkan proses pemulihan serta membantu kedayatahanan jangka panjang bagi mewujudkan Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur yang berkembang maju.

1. Kolaborasi perniagaan - program yang mempromosikan usahasama dan perkongsian perniagaan bagi menyokong kelangsungan perniagaan.

2. Penyelesaian secara digital - penglibatan teknologi dan penyelesaian secara digital bagi mempromosikan perniagaan yang berdaya tahan.

3. Penerbitan kolektif - penerbitan secara fizikal atau digital yang menyumbang kepada ekonomi Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Daya Tahan Komuniti

Memperkasa dan mengaktifkan komuniti di Pusat Bandar lama Kuala Lumpur dengan menyediakan kaedah yang yang diperlukan bagi menyumbang kepada pembangunan, keterangkuman (inclusivity) dan penglibatan komuniti.

1. Program daya tahan - program atau aktiviti yang membina kapasiti, kecekapan dan dayatahan komuniti.

2. Program komuniti - program yang inklusif dan mempamerkan kebolehan masyarakat.

3. Dokumentasi, penyelidikan dan kajian - penyelidikan dan kajian yang inovatif yang membina keupayaan dan pengetahuan dalam pembangunan komuniti.

Penjanaan Semula Ruang

Menghidupkan kembali bangunan-bangunan usang dan rosak di sekitar Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur dengan membaik pulih, mengaktifkan dan mengguna-semula bangunan-bangunan tersebut bagi memelihara warisan bandar serta meningkatkan daya hidup dan daya tarikan pengunjung.

1. Penggunaan semula - mengubah semula bangunan yang tidak digunakan dengan penggunaan baru bagi mewujudkan suasana baru dan pemandangan jalanan yang lebih baik.

2. Pengurusan dan pengaktifan ruang - memperkenalkan pengisian baharu ke dalam ruang yang kurang digunakan.

3. Pengenalan bangunan hijau - penggabungan penyelesaian hijau dan mesra alam kepada bangunan sedia ada.

Butiran Geran

KENAPA ANDA PERLU MEMOHON?


Untuk mengubah Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur menjadi bandar yang berdaya tahan, diraikan dan bertenaga untuk kelangsungan jangka panjang selain membuka peluang-peluang baharu.

BERAPA JUMLAH PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIPOHON?


Tiada had jumlah selagi projek dapat menunjukkan impak kelestarian kepada Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur. Namun demikian, geran ini tidak akan diberikan secara tajaan penuh. Kami menggalakkan pemohon untuk mencari pelabur bersama.

BILA ANDA BOLEH MEMOHON?


PERMOHONAN DIBUKA
20 September 2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
14 November 2021

KEPUTUSAN PERMOHONAN
3 Januari 2022

TEMPOH PENGHANTARAN

6 minggu

TEMPOH PENILAIAN PERMOHONAN

8 minggu dari tarikh tutup permohonan

Bagaimana Untuk Memohon

CARA-CARA MEMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


  1. Muat turun borang permohonan di bawah.
  2. Hantar borang permohonan yang telah siap diisi ke downtownKL@thinkcity.com.my
  3. Harap bersabar sementara permohonan anda diproses.
  4. Kami akan menghubungi anda melalui emel/telefon untuk memaklumkan keputusan permohonan anda.

Borang Pembaharuan Perniagaan & Daya Tahan Komuniti

Borang Penjanaan Semula Ruang

CARA-CARA MEMOHON DALAM TALIAN


  1. Pilih tema geran di bawah.
  2. Daftar akaun baru supaya proses permohonan anda dapat disimpan secara automatik.
  3. Lengkapkan butiran dan hantar.
  4. Harap bersabar sementara permohonan anda diproses.
  5. Kami akan menghubungi anda melalui emel/telefon untuk memaklumkan keputusan permohonan anda.

Borang Dalam Talian Pembaharuan Perniagaan & Daya Tahan Komuniti

Borang Dalam Talian Penjanaan Semula Ruang

FAQ

Semua pembiayaan projek akan dinilai berdasarkan kepada kes individu.

Ya, selagi anda menetap di Malaysia dan mempunyai kepentingan dalam perniagaan, hartanah atau projek di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Selagi cadangan anda mensasarkan kepada komuniti di kawasan Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur dan berada dalam skop tema geran yang disebutkan di atas, anda boleh mengemukakan permohonan.

Ya! Sila nyatakan pembiayaan dari sumber lain tersebut dalam rangka bajet di dalam borang permohonan dan sila kepilkan surat kepentingan (letter of interest) sebagai bukti.

Tidak. Kami hanya menerima satu permohonan sahaja untuk setiap individu atau organisasi bagi setiap kitaran geran.

Ya, anda layak untuk memohon geran ini.

Projek-projek hendaklah dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pemberian geran. Namun, permohonan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan boleh dibuat sekiranya ia perlu ditangguhkan disebabkan oleh perkara- perkara luar jangkaan.

Geran ini diwujudkan sebagai bantuan tambahan kepada kos keseluruhan projek anda dan ini tidak termasuk kos operasi seperti kos pentadbiran atau operasi. Kami amat menggalakkan pemohon untuk mencari rakan kerjasama untuk turut serta membiayai cadangan projek anda.

Tidak. Program geran ini bertujuan untuk membiayai projek yang akan membantu kepada pemulihan dan ketahanan ekonomi perniagaan jangka panjang di Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur. Ini adalah penting untuk memberi peluang kepada individu atau organisasi memainkan peranan aktif untuk bangun semula dan sedia untuk berdaya tahan. Kami mencari idea dan kandungan yang baru untuk Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur!

Anda boleh memohon geran ini melalui borang permohonan soft copy (Kaedah Muat Turun) atau melalui e-borang (Kaedah Dalam Talian). Jawatankuasa hanya akan menerima satu permohonan walaupun terdapat pendua dalam kedua-dua kaedah permohonan tersebut. Sekiranya anda menghadapi kesukaran dalam proses permohonan, sila hubungi Think City di downtownKL@thinkcity.com.my atau WhatsApp di talian +60 13-251 8930.

Semua keputusan yang dibuat mengenai permohonan yang dihantar adalah muktamad. Kami mencadangkan supaya anda berunding dengan pasukan geran Think City terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

Kami mengalu-alukan maklum balas dari anda! Sila hubungi Think City di downtownKL@thinkcity.com.my atau WhatsApp kami di +60 13-251 8930.

Pelan Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Creative & Cultural District Strategic Master Plan / KLCCD) disediakan oleh Think City dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara yang dirangka untuk pembangunan semula Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur melalui ekonomi berasaskan budaya. Tujuan penyediaan pelan ini adalah untuk menjana pertumbuhan kawasan-kawasan kreatif budaya yang inklusif, asli dan berdaya maju supaya warisan dan sejarah kawasan dapat dilindungi dengan baik di samping meningkatkan taraf hidup dan daya tarikan pelancong.

Program Geran Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur ini merupakan salah satu inisiatif KLCCD yang bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam untuk mengambil inisiatif dan tanggung jawab bagi mengemukakan jalan penyelasaian yang dapat mengukuhkan nama dan mengubah Pusat Bandar Lama Kuala Lumpur.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Hubungi Kami