Photo credit: Ronaldas Buozis via Jun Ong

Tentang Projek

Projek Light merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada program Art In The City dengan kerjasama Think City untuk menghidupkan bandar dengan seni awam dan persembahan di bandar terpilih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung dengan pemasangan seni awam dan persembahan yang telah dikurasi. Projek ini bertujuan untuk:

  • Menyemarakkan ruang bandar dengan pemasangan seni awam lampu sempena pandemik (menggunakan elemen cahaya);
  • Memberikan inspirasi dan motivasi kepada komuniti kreatif dan orang awam untuk membangkit dalam situasi pandemik;
  • Menjana peluang pekerjaan untuk artis tempatan, pekerja budaya, krew produksi, fakbrikator dan banyak lagi di bandar-bandar yang terpilih;
  • Memberi sokongan kepada seniman dan kolektif di luar Lembah Klang yang bakal mengingkatkan kerjasama antara satu sama lain;
  • Mengharmonikan pihak berkepentingan awam dan persendirian dalam melindungi dan menyumbang kepada pembangunan sector kreatif.
Muat Turun Borang Permohonan Muat Turun Terma Rujukan EN Version

Nilai Geran

Sehingga RM 180,000 untuk membuat dan mengatur inisiatif seni instalasi awam (pemasangan lampu), dan program jangkauan (persembahan, pameran, unjuran video, bengkel, pereka grafik, jurugambar, juruvideo, penggiat seni lain dan banyak lagi) yang mungkin mengambil pelbagai bentuk, saiz dan dimensi, bergantung kepada tempat awam dan bersifat sementara dengan jangka masa 6 bulan. Kriteria lain ada digariskan di dalam Terma Rujukan program.

 

Siapakah boleh memohon projek ini?

Seniman, kolektif dan organisasi seni/ kreatif Malaysia dengan pengalaman minimum tiga (3) tahun dan terlibat secara aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia yang menetap di bandar-bandar terplilih, iaitu Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat dan Kuching dialu-alukan untuk memohon projek ini. Pemohon perlu bekerjasama dengan rakan-rakan kolaborasi tempatan yang menetap di bandar-bandar terpilih.

 

Kaedah permohonan

Borang dan kertas kerja permohonan pembiayaan boleh dihantar melalui e-mel ke thelight.cendana@thinkcity.com.my . Permohonan dan perincian untuk penyerahan dokumen yang berkaitan ada digariskan di dalam Terma Rujukan program.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu berbincang mengenai program ini dengan lebih lanjut, sila hubungi kami di emel thelight.cendana@thinkcity.com.my

Tarikh Buka Permohonan Town Hall Session Tarikh Tutup Permohonan Semakan dan Penilaian
16 Ogos 2021 23 Ogos 2021 13 September 2021 14 September – 8th Oktober 2021

 

Keputusan Permohonan Program Bermula Penyiapan Kerja-kerja Instalasi Seni Awam Program Jangkauan
11 Oktober 2021 12 Oktober 2021 12 November 2021 November 2021 – Mac 2022

*Jadual projek akan tertakluk juga kepada pelaksanaan projek yang hanya boleh dijalankan apabila bandar terpilih berada pada Fasa 2 atau Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Daftar untuk Sesi Town Hall sekarang!

Soalan-soalan Lazim

Apakah itu Projek “Light”?

Projek Light merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada program Art In The City dengan kerjasama Think City untuk menghidupkan bandar dengan seni awam dan persembahan di bandar terpilih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung dengan pemasangan seni awam dan persembahan yang telah dikurasi. Projek ini bertujuan untuk:

  • Menyemarakkan ruang bandar dengan pemasangan seni awam lampu sempena pandemik (menggunakan elemen cahaya);
  • Memberikan inspirasi dan motivasi kepada komuniti kreatif dan orang awam untuk membangkit dalam situasi pandemik;
  • Menjana peluang pekerjaan untuk artis tempatan, pekerja budaya, krew produksi, fakbrikator dan banyak lagi di bandar-bandar yang terpilih;
  • Memberi sokongan kepada seniman dan kolektif di luar Lembah Klang yang bakal mengingkatkan kerjasama antara satu sama lain;
  • Mengharmonikan pihak berkepentingan awam dan persendirian dalam melindungi dan menyumbang kepada pembangunan sektor kreatif.
Apakah tahap pembiayaan yang disediakan di bawah Projek “Light”?

Sehingga RM 180,000 untuk membuat dan mengatur inisiatif seni instalasi awam (pemasangan lampu), dan program jangkauan (persembahan, pameran, unjuran video, bengkel, pereka grafik, jurugambar, juruvideo, penggiat seni lain dan banyak lagi) yang mungkin mengambil pelbagai bentuk, saiz dan dimensi, bergantung kepada tempat awam dan bersifat sementara dengan jangka masa 6 bulan. Kriteria lain ada digariskan di dalam Terma Rujukan program.

Siapakah yang boleh memohon Projek “Light”?

Seniman, kolektif dan organisasi seni/ kreatif Malaysia dengan pengalaman minimum tiga (3) tahun dan terlibat secara aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia yang menetap di bandar-bandar terplilih, iaitu Butterworth, Ipoh, Melaka, Batu Pahat dan Kuching. Pemohon juga perlu bekerjasama dengan rakan-rakan kolaborasi tempatan yang menetap di bandar-bandar terpilih. Kriteria lain ada digariskan di dalam Terma Rujukan program.

Berapa lamakah kami perlu tunggu sebelum kami mengetahui sama ada kami terpilih atau tidak?

Setelah tarikh permohonan ditutup, tempoh menunggu boleh memakan masa dari dua (2) ke empat (4) minggu.

Siapakah yang tidak layak untuk memohon Projek “Light”?

Kami tidak akan dapat menyokong permohonan anda sekiranya anda kini merupakan penerima geran atau tajaan di bawah mana-mana program pembiayaan MyCreative Ventures Sdn Bhd atau CENDANA;

  • yang mempunyai laporan penilaian belum selesai/ tertunggak terhadap penggunaan program pembiayaan sebelumnya daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd atau CENDANA. Namun begitu, anda mungkin dapat teruskan permohonan jikalau anda dapat selesaikan atau diberikan pelepasan atas tanggunjawab berkenaan.
  • sekiranya terdapat penemuan negatif semasa proses ketekunan wajar.
  • diisytiharkan bankrap dan mempunyai prosiding kebankrapan yang sedang berjalan atau akan dijalankan terhadap pemohon.

Syarat-syarat lain seperti yang dijelaskan dalam Terma Rujukan.

Bilakah kami boleh memohon Projek “Light”?

16 Ogos 2021

Bagaimanakah kami boleh memohon Projek “Light”?

Anda boleh menghantar borang dan kertas kerja permohonan pembiayaan anda melalui e-mel ke thelight.cendana@thinkcity.com.my . Penyerahan permohonan melalui lain-lain kaedah seperti melalui salinan asal, TIDAK akan diterima melainkan dinyatakan. Permohonan dan perincian untuk penyerahan dokumen yang berkaitan ada digariskan di dalam Terma Rujukan program.

Siapakah yang boleh kami hubungi sekiranya ada pertanyaan?

Anda boleh menghantar e-mel kepada thelight.cendana@thinkcity.com.my (tajuk: Projek “Light”) untuk sebarang pertanyaan atau untuk menetapkan temu janji untuk membincangkan permohonan anda secara terperinci.

Apakah yang berlaku selepas kami mengemukakan permohonan?

Setelah tarikh permohonan ditutup, semua permohonan akan disemak untuk memastikan projek yang dicadangkan memenuhi kriteria kelayakan dan kesemua dokumen sokongan yang relevan telah diserahkan. Kesemua permohonan akan dinilai dan diluluskan bersama melalui satu proses penilaian yang sangat kompetitif.

Bagaimanakah permohonan kami dinilai?

Pemohon akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah tersedia mengikut Terma Rujukan program pembiayaan tersebut. Permohonan yang memenuhi semua syarat kemudian akan dimajukan ke satu proses penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada penasihat industri, pakar dan penggiat seni, dimana ditentukan oleh satu sistem penilaian berpemberat terhadap kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Pemohon yang disyorkan akan disemak semula dan seterusnya diluluskan oleh pihak Pengurusan/ Lembaga Pengarah.

Bagaimanakah kami menerima pembiayaan?

Dana akan dibiaya melalui tiga (3) peringkat. Dana tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda yang diiktiraf.

Apakah yang berlaku selepas permohonan dinilai?

Permohonan yang Berjaya

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui satu e-mel rasmi berserta Surat Tawaran yang menyatakan jumlah, terma dan syarat pembiayaan yang dipersetujui serta matlamat prestasi dan hasil projek yang perlu diserahkan bagi program pembiayaan tersebut.

Permohonan Tidak Berjaya

Pemohon yang tidak berjaya akan menerima e-mel rasmi dalam tempoh makluman yang sama.

Apakah yang diharapkan daripada pemohon yang berjaya?

Menyampaikan projek sepertimana yang dihuraikan di dalam kertas cadangan yang dipersetujui dan memenuhi syarat-syarat lain seperti yang digariskan dalam Terma Rujukan.

Apakah yang diperlukan selepas program itu selesai?
  • Melengkapkan Laporan Kaji Selidik Pemantauan Projek (disediakan oleh CENDANA);
  • Menghantar laporan bulanan
  • Menghantar laporan akhir termasuk dokumentasi projek dan perbelanjaan projek; dan
  • Untuk mengemukakan apa-apa pengesahan lain – bahan aktiviti tambahan seperti video, foto dan jaminan yang dibuat (Pra-projek, kemajuan kerja, program jangkauan dan selepas projek).