Grand Line Of KL Bakal Tarik 20,000 Pengunjung Riadah Di Tengah BandarFaida Rahim, 3 September 2023
Cadangan pembinaan Grand Line of KL dijangka dapat menarik minat 20,000 orang awam melakukan aktiviti riadah di tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Pengasas getbiib.com Tan She Yong memberitahu, cadangan itu turut memberi fokus kepada orang ramai termasuk yang bekerja di sekitar kawasan Pasar Seni dan berdekatan menjalankan aktiviti riadah atau menikmati pemandangan selepas waktu bekerja.
"Khusus untuk yang gemarkan gaya hidup aktif dan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa hendak balik rumah selepas waktu bekerja untuk melakukan aktiviti senaman..."