K2K Idol Bukan Sekadar Cungkil Bakat PPR dan PPA, Tapi Mampu Perkukuh Industri Seni Negara
FARAH AYUNI ZULKEFLI, 18 August 2024
PROGRAM Kita Untuk Kita Idol (K2K Idol) mampu mengangkat industri seni negara lebih tinggi dengan penglibatan bakat-bakat baharu dalam kalangan komuniti perumahan awam untuk diketengahkan.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, K2K Idol memainkan peranan penting yang dapat memupuk bakat individu daripada komuniti perumahan awam.
"Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah di pentas seni, tetapi mampu memperkukuh masa hadapan industri seni kita," katanya kepada Majoriti.