20 November 2025 (Khamis), Kuala Lumpu
KUALA LUMPUR: Penggiat utama kreatif dari Asia Tenggara memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) Rangkaian Bandar Kreatif Asia Tenggara (SEACCN), sekali gus mengukuhkan komitmen serantau untuk memacu pembangunan bandar berasaskan kreativiti serta meningkatkan daya rantau ini di persada global.
Majlis yang dianjurkan di sini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Think City disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot, menghimpunkan empat organisasi peringkat nasional yang menerajui agenda ekonomi kreatif bandar masing-masing.
Think City diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Hamdan Abdul Majeed; Creative Economy Agency Thailand diwakili Pakar Kanan, Montinee Yongvikul; Indonesia Creative Cities Network diwakili Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Dwinita Larasati, manakala Creative Economy Council of the Philippines diwakili Presiden/Pengasas, Paolo Mercado.