Pentas Seni Merdeka: Hidupkan semula seni dan budaya di ruangan awam
Fareez Azman, 17 July 2022
Menghidupkan semula seni, budaya di ruangan awam sekitar Kuala Lumpur, itu keunikan Program Pentas Seni Merdeka di Dataran Merdeka yang berlangsung pada Sabtu.
Program anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Think City itu dijangka menarik lebih ramai warga kota untuk bersantai di sekitar ruangan awam di bandar berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pendekatan baharu itu bukan hanya dapat memberi pendedahan mengenai seni dan budaya lama, malah perpaduan kaum juga dapat diterapkan.
"Tujuannya meningkatkan ekuiti sosial yang berkaitan dengan pentas, seni dan budaya. Tujuan kita juga mengaktifkan ruang awam dan meletakkan Downtown Kuala Lumpur itu sebagai perkara berkaitan budaya, kreatif yang dijalankan secara percuma pada setiap bulan.