Pentas Seni Merdeka Hidupkan Suasana Ibu Kota
Getaran, 17 July 2022
Selepas sekian lama tiada acara hiburan secara terbuka, Pentas Seni Merdeka kembali menghidupkan suasana ibu kota melalui pengaktifan ruang awam dengan menjadikan 'Downtown KL' sebagai daerah budaya dan kreatif.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata aktiviti seni budaya dan kreatif penting dalam meningkatkan ekuiti sosial masyarakat sekali gus membantu membentuk perpaduan antara kaum.
"Pentas Seni Merdeka, inisiatif seni yang memanfaatkan sepenuhnya ruang awam apabila mengiktiraf kepentingan kandungan kreatif dan budaya sebagai usaha mengaktifkan semula ibu negara pascapandemik.