Program R2C Think City tingkatkan daya huni komuniti PPRBH Online, 8 June 2022
Kuala Lumpur: Kesejahteraan hidup masyarakat bandar dinilai berdasarkan beberapa aspek yang dipantau melalui keperluan asas penduduk.
Antaranya, peluang pekerjaan, jumlah pendapatan, perumahan, pemakanan, pendidikan, kesihatan dan penyediaan infrastruktur.
Namun, kualiti hidup bandar perlu merangkumi skop luas termasuk penyediaan rumah untuk kelompok tertentu seperti golongan kurang upaya, persekitaran bandar sihat, penyediaan kemudahan awam dan juga keperluan isu mereka yang tinggal di kawasan perumahan awam atau di Projek Perumahan Rakyat (PPR).