Sumber Imej: Berita Harian
Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Izwan Ibrahim, berkata sembilan projek yang dipilih mencerminkan kepelbagaian idea, bakat dan perspektif dalam presint berkenaan.
"Menerusi program ini, kami menyokong inisiatif berlandaskan komuniti yang responsif kepada keperluan tempatan. Usaha ini menunjukkan bagaimana pembangunan tempat, warisan dan ekspresi kreatif boleh digabungkan untuk membentuk persekitaran bandar lebih bertenaga, terangkum dan pelbagai budaya," katanya.
Sebagai pembangunan perintis ketiga di bawah inisiatif Warisan KL, Pusingan 3 dilaksanakan susulan panggilan terbuka cadangan pada Julai 2025 sebelum sembilan projek dipilih merangkumi penglibatan komuniti, penerbitan kreatif, pembangunan kemahiran dan pengaktifan budaya.