Sidang Anak Muda K2K Buka Ruang Golongan Muda Bersuara
Bernama, 3 August 2024
PUCHONG: Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) membuka peluang kepada golongan muda bersuara, mengemukakan pandangan serta mendalami konteks sidang Dewan Rakyat dengan lebih jelas.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil beliau berkata menerusi sidang berkenaan, golongan muda boleh mengemukakan usul tertentu untuk dibawa kepada perhatian kerajaan.
Beliau berkata setiap usul yang dibangkitkan pada sidang kali ini akan dihantar kepadanya bagi tindakan susulan menteri berkaitan.
"Kita harap mereka terlibat dalam demokrasi secara sihat dan produktif (menerusi Sidang Anak Muda K2K). Saya akan terus beri sokongan kerana ada kewajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Anak Muda K2K ketiga yang disertai 38 orang anak muda di sini hari ini.