Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
Umavathi Ramayah, 7 March 2021
KUALA LUMPUR: Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan oleh sebuah organisasi regenerasi bandar yang berorientasi masyarakat, Think City mendedahkan lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.
Selain Bayan Lepas dan George Town di Pulau Pinang, bandar raya lain yang tersenarai mengalami peningkatan suhu secara konsisten adalah Kuala Lumpur; Johor Bahru, Johor dan Ipoh, Perak.