Think City, DBKL fokus usaha peremajaan KL
Sri Ayu Kartika Amri, 6 June 2023
THINK City, organisasi berimpak tinggi untuk membentuk bandar lebih mesra rakyat, berdaya tahan, berdaya huni, bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Geran KL Kreatif dan Cabaran Urban KL Kreatif.
Program itu sebahagian aktiviti dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Think City dan DBKL yang berfokuskan kepada usaha peremajaan Pusat Bandar Kuala Lumpur (KL).