Think City Manfaatkan Peruntukan RM20 Juta Jadikan KL Indah, Kreatif, Berbudaya.
Astro Awani, 20 October 2023
KUALA LUMPUR: Dengan peruntukan berjumlah RM20 juta, Think City akan terus memacu pembangunan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan, dengan tumpuan khas kepada projek-projek utama di kawasan Masjid Jamek dan kawasan sekitarnya.
Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed berkata, beliau mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada Think City bagi usaha mengangkat dan memulihara Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya.