Bukit Mertajam, 7 Mei (Berita Harian) --
BUKIT MERTAJAM: Think City, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad akan melancarkan dua lagi program di bawah inisiatif Leveraging Up Seberang Perai (LUSP) bagi menyokong pembangunan mampan, pemuliharaan alam sekitar dan budaya serta peningkatan sosioekonomi komuniti setempat.
Pelancaran Program Sungai Perai dan Program Ekonomi Kitaran itu dijadual dilaksanakan dalam masa terdekat dalam usaha memajukan Seberang Perai dan kawasan sekitarnya secara inklusif.
LUSP adalah inisiatif strategik tiga fasa dimulakan sejak tahun lalu hingga 2030 sebagai sokongan kepada visi Penang 2030.
"Melalui strategi ini, Think City berhasrat menyeimbangkan pembangunan ekonomi antara pulau dan Seberang Perai, membangunkan ekonomi tempatan secara mampan dan menangani isu kemerosotan alam sekitar