Downtown Kuala Lumpur Grants Programme Opens 2026 Call to Revitalise Kuala Lumpur’s Historic Core
Think City invites businesses, cultural organisations, community groups, space operators and innovators to turn ideas into place-based action

Date: 8 July 2026 (Wednesday)
Location: Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 8 July 2026 - The Downtown Kuala Lumpur Grants Programme has opened applications for its 2026 cycle, inviting people and organisations with ideas to make Kuala Lumpur’s historic core more liveable, inclusive and vibrant. 

 Launched today at the Odeon Kuala Lumpur by Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories), the programme, implemented with the support of Ministry of Finance, provides funding and access to partners for place-based interventions across Downtown Kuala Lumpur. 

Speaking at the launch, YB Hannah Yeoh said, “As our capital city continues to grow, our responsibility is not only to build what is new but also to give new purpose to the places that have always mattered. The success of Kuala Lumpur will therefore not be measured only by new developments. It will be measured by whether people continue choosing to live here, work here, invest here and return here. That is the city we are building together.” 

“This funding reflects the Government’s commitment to creating opportunities, but revitalising our city centre is not the Government’s job alone. It takes strong partnerships with the private sector, foundations, community organisations and other stakeholders to build a more vibrant, inclusive and sustainable Kuala Lumpur,” she added. 

The programme is open to businesses, cultural and community organisations, social enterprises, residents’ and traders’ associations, educational institutions, space operators, technology providers and cross-sector partnerships with a stake in the future of Downtown Kuala Lumpur. 

The grants are offered across six focus areas: MAGNET (Museum and Gallery Network), Placemaking and Space Rejuvenation, Cultural Activation and Creative Content, Creative Business Seeding and Organisational Development, Community Engagement and Capacity Building, and Digitalisation and Innovation. 

New to the 2026 cycle is MAGNET, which focuses on Downtown Kuala Lumpur’s museums, galleries, hubs and independent spaces, recognising them as an interconnected network of cultural anchors that can make the city’s heritage more accessible, draw activity to surrounding streets, support employment and strengthen Kuala Lumpur’s identity as a creative city. 

The change now taking shape across Downtown Kuala Lumpur has been built over more than a decade. Since 2014, Think City has worked with government, communities, businesses and 1 institutions to build confidence in the historic core and create the conditions for long-term renewal. 

Drawing on the ‘Power of Small’ approach first developed in George Town, Think City has used targeted grants, technical support and partnerships to test ideas, reactivate heritage assets, improve public spaces and strengthen local economies. Each intervention may begin at the scale of a building, street or community, but together they help attract new partners, investment and activity into the city. 

To date, upward of RM65 million has been administered in grants supporting initiatives across Kuala Lumpur, through partnerships with the Ministry of Finance, Yayasan Hasanah, Citi Foundation, Merdeka 118 and others. The supported initiatives include Halaman Kampung Attap, Kwai Chai Hong, Laman Tun Perak, Klyne Quarter and Jalan Sang Guna, projects that have helped restore purpose, activity and confidence in the city's historic core. 

Managing Director of Think City, Dato' Hamdan Abdul Majeed, said, “The change we are seeing in Downtown Kuala Lumpur is an effort seeded more than a decade ago through understanding the city, testing ideas, supporting local actors and building trust across government, communities and the private sector.” 

“Our experience shows that regeneration does not always begin with one large project. It often begins with many well-placed interventions that demonstrate what is possible, restore confidence, and encourage others to participate and invest. As these actions begin to connect, they create wider and more lasting change.”

The Downtown Kuala Lumpur Grants Programme advances the wider Warisan KL agenda by connecting local ideas with catalytic funding, expertise and ecosystem partners. Warisan KL is a national culture-based urban regeneration initiative aimed at strengthening the identity of Kuala Lumpur’s historic core through heritage, culture and community participation. 

Kuala Lumpur’s designation as a UNESCO Creative City of Design in 2025 adds further momentum to this agenda. The grants provide a practical way for people and organisation to translate these ambitions into action at the level of individual streets, buildings, neighbourhoods and communities. 

The launch also featured a panel discussion and Ecosystem Open Day, bringing prospective applicants into direct conversation with government agencies, foundations, funders and delivery partners. Participating organisations included the Ministry of Tourism, Arts and Culture, Kuala Lumpur City Hall, Department of National Unity and Integration, Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, MyCreative Ventures, British Council and Think City. 

Applications for the Downtown Kuala Lumpur Grants Programme are open from 8 July to 21 August 2026, with implementation running from November 2026 through June 2027. Grants 2 ranging from RM30,000 to RM100,000 per application are available, subject to the programme’s eligibility criteria and assessment process. 

For further information and application details, visit thinkcity.com.my. 

-END-

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2026 - Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur membuka permohonan bagi tahun 2026, menjemput individu dan organisasi yang mempunyai idea untuk menjadikan pusat bersejarah Kuala Lumpur lebih berdaya huni, inklusif dan rancak.

Dilancarkan hari ini di Odeon Kuala Lumpur oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kewangan ini menyediakan sokongan kewangan serta akses kepada rakan kongsi bagi pelaksanaan intervensi berasaskan tempat di seluruh pusat bandar Kuala Lumpur.

Berucap pada majlis pelancaran, YB Hannah Yeoh berkata, " Selagi kota Kuala Lumpur ini terus berkembang, tanggungjawab kita semua bukan sekadar membina sesuatu yang baharu, tetapi juga memberi nafas dan tujuan baharu kepada tempat-tempat yang sejak dahulu bermakna kepada kita. Justeru, kejayaan Kuala Lumpur bukan sekadar diukur menerusi pembangunan fizikal yang baharu, tetapi sejauh mana rakyat terus memilih untuk tinggal, bekerja, melabur dan kembali ke sini. Itulah bandar yang sedang kita bina bersama.”

“Sokongan ini mencerminkan komitmen Kerajaan bukan sahaja untuk membuka peluang, tetapi juga usaha menghidupkan semula pusat bandar kita kerana ini bukanlah tanggungjawab Kerajaan semata-mata. Ia menuntut usaha sama yang erat dengan sektor swasta, yayasan, organisasi komuniti dan pihak berkepentingan lain bagi membentuk Kuala Lumpur yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan,” tambah beliau.

Program ini terbuka kepada golongan perniagaan, organisasi kebudayaan dan komuniti, perusahaan sosial, persatuan penduduk dan peniaga, institusi pendidikan, pengendali ruang, penyedia teknologi serta perkongsian merentas sektor yang mempunyai kepentingan terhadap masa depan pusat bandar Kuala Lumpur.

Geran ini ditawarkan merentasi enam bidang tumpuan, iaitu MAGNET (Museum and Gallery Network atau Rangkaian Muzium dan Galeri), Pemulihan dan Peremajaan Ruang, Pengaktifan Budaya dan Kandungan Kreatif, Penyemaian Perniagaan Kreatif dan Pembangunan Organisasi, Penglibatan Komuniti dan Pembangunan Kapasiti, serta Pendigitalan dan Inovasi.

Baharu dalam edisi 2026, MAGNET diperkenalkan untuk memberi tumpuan kepada muzium, galeri, hab dan ruang bebas di pusat bandar Kuala Lumpur, dengan mengiktiraf kesemuanya sebagai satu rangkaian tambatan budaya yang saling berhubung. Rangkaian ini berupaya menjadikan warisan bandar lebih mudah dikunjungi, menghidupkan aktiviti ke jalan-jalan sekitarnya, serta menyokong peluang pekerjaan serta memperkukuh identiti Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif

Perubahan yang kini mula terbentuk di seluruh pusat bandar Kuala Lumpur adalah hasil usaha lebih sedekad. Sejak 2014, Think City telah bekerjasama dengan kerajaan, komuniti, perniagaan dan institusi untuk membina keyakinan terhadap bandar ini dan mewujudkan keadaan yang sesuai bagi pembaharuan jangka masa panjang.

Berpandukan pendekatan 'Power of Small' yang mula diperkenalkan di George Town, Think City menggunakan geran bersasar, sokongan teknikal dan perkongsian untuk menguji idea, mengaktifkan semula aset warisan, menambah baik ruang awam dan mengukuhkan ekonomi setempat. Setiap intervensi bermula pada skala sebuah bangunan, jalan atau komuniti, namun secara kolektif ia membantu menarik rakan kongsi, pelaburan dan aktiviti baharu ke dalam bandar.

Menerusi kerjasama dengan Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah, Citi Foundation, Merdeka 118 dan lain-lain, lebih RM65 juta geran telah disampaikan bagi menyokong inisiatif di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Halaman Kampung Attap, Kwai Chai Hong, Laman Tun Perak, Klyne Quarter dan Jalan Sang Guna, iaitu projek yang telah membantu memulihkan tujuan, aktiviti dan keyakinan terhadap pusat bersejarah bandar ini.

Pengarah Urusan Think City, Dato' Hamdan Abdul Majeed, berkata, "Perubahan yang kita lihat di pusat bandar Kuala Lumpur ini adalah usaha yang telah disemai lebih sedekad lalu menerusi usaha memahami persekitaran kota ini, menguji idea, menyokong penggerak setempat serta membina kepercayaan merentas kerajaan, komuniti dan sektor swasta." 

"Pengalaman kami menunjukkan bahawa peremajaan bandar tidak semestinya bermula dengan satu projek besar. Selalunya ia bermula dengan intervensi yang menepati sasaran dan dapat membuktikan hasil yang mungkin dicapai, memulihkan keyakinan dan menggalakkan pihak lain untuk turut serta dan melabur. Apabila tindakan-tindakan ini mula berhubung antara satu sama lain, ia mencetuskan perubahan yang lebih luas dan berkekalan."

Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur ini memperkukuh agenda Warisan KL yang menghubungkan idea setempat kepada sokongan kewangan, kepakaran dan rakan kongsi dalam ekosistem. Warisan KL merupakan inisiatif peremajaan bandar berasaskan budaya di peringkat nasional yang bertujuan mengukuhkan identiti pusat bersejarah Kuala Lumpur menerusi pemuliharaan warisan, pengaktifan budaya dan penyertaan komuniti, sekaligus melahirkan impak sosial dan ekonomi yang yang berkekalan, serta membentuk ruang yang lebih bermakna kepada bandar dan komunitinya.

Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya Reka Bentuk (City of Design) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2025 memberi momentum tambahan kepada agenda ini. Geran ini menyediakan satu cara praktikal untuk individu dan organisasi menterjemahkan hasrat 5 tersebut kepada tindakan di peringkat jalan, bangunan, kejiranan dan komuniti masing-masing.

Majlis pelancaran turut menampilkan sesi perbincangan panel dan Hari Terbuka Ekosistem, yang mempertemukan bakal pemohon secara langsung dengan agensi kerajaan, yayasan, penyumbang dana dan rakan pelaksana. Antara organisasi yang menyertainya ialah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, MyCreative Ventures, British Council dan Think City. 

Permohonan bagi Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur kini dibuka dari 8 Julai hingga 21 Ogos 2026, dengan pelaksanaan berlangsung dari November 2026 sehingga Jun 2027. Geran bernilai antara RM30,000 hingga RM100,000 bagi setiap permohonan ditawarkan, tertakluk kepada kriteria kelayakan dan proses penilaian program.

Untuk maklumat lanjut dan butiran permohonan, layari thinkcity.com.my.

-TAMAT-

Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2026 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2