From Gamelan To Sape: Five Traditions Open KL Festival 2026
Irama Pusaka unites five Malaysian musical traditions to open KL Festival 2026's 26-day cultural programme across Downtown Kuala Lumpur

Date: 7 May 2026 (Thursday)
Location: Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 7 MAY 2026 – Kuala Lumpur Festival 2026 (KL Fest), powered by Maxis, and organised by Think City and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), supported by the Ministry of Finance and Federal Territories Department, officially opened tonight with its gala performance, Irama Pusaka – Akar Tradisi, Nadi Baharu marking the start of a 26-day cultural celebration across Downtown Kuala Lumpur. Held at the Auditorium Bandaraya, DBKL, the evening brought together five distinct Malaysian musical traditions in a single performance – a powerful reflection of the country’s diversity and shared cultural identity. The event was officiated by Yang Berhormat Hannah Yeoh, Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories), alongside Yang Berhormat Loke Siew Fook, Minister of Transport, and Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Minister of Communications. Also in attendance were senior representatives from government, city leadership, diplomatic missions and Malaysia’s arts, business and civic communities. 

“KL Fest reflects our ongoing commitment to shaping Kuala Lumpur as a culturally rich and creative destination, where culture plays a central role in urban transformation, economic vitality and social cohesion. This festival is made possible through a whole-of-society approach, and I would like to thank all our partners who have come on board to realise this shared vision. As we build on this momentum, I am pleased to announce that KL Fest will return in May 2027 and welcome even broader partnerships to come forward early, so that together we can continue strengthening Kuala Lumpur as a creative capital rooted in its identity and connected to the region and the world,” said Yang Berhormat Hannah Yeoh. 

The evening featured Orkestra Kuala Lumpur alongside leading ensembles including Gangsapura (gamelan), Lee Rubber Chinese Orchestra, EKAM Ensemble, and sape virtuoso Leslie Eli. Together, these five traditions created a shared musical language — rooted in heritage, yet forward-looking in line with the festival’s theme, Memory and Tomorrow. While these traditions are deeply rooted and widely practised across the country, KL Fest reframes them within the city’s shared spaces — placing them in dialogue and sparking renewed appreciation among both locals and visitors.

“KL Fest is part of a long-term effort to strengthen Downtown Kuala Lumpur as a place people actively choose to spend time in — where culture, community and commerce come together to bring the city to life. It demonstrates how heritage and public spaces can be activated through curated programming, storytelling and partnerships, creating experiences that are meaningful and sustained over time. This is something we are building deliberately and systematically — working across the public, private and creative sectors to shape a more vibrant, liveable and culturally confident Kuala Lumpur,” said YBhg Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director, Think City. 

Running from 6 to 31 May 2026, KL Fest presents over 80 programmes across 26 venues, transforming heritage buildings, streets, and public spaces in Downtown Kuala Lumpur into a network of cultural experiences. Spanning reimagined wayang kulit, contemporary dance, immersive installations, outdoor cinema, and theatre, the festival also features Malaysian, Asian and international premieres - positioning Kuala Lumpur as a regional hub for contemporary artistic dialogue. As part of the broader Warisan KL national initiative, KL Fest advances culture-led urban rejuvenation by reimagining both the tangible and intangible dimensions of the city’s heritage. By encouraging people to rediscover urban spaces, it catalyses local economic activity, strengthens cultural appreciation, and fosters a deeper sense of belonging, collective pride, and national identity. Through heritage-driven renewal, the festival supports long-term urban and economic growth while reinforcing our national unity. 

“KL Fest is about how we experience the city through arts and culture — not just in traditional venues, but in the spaces we move and live in, every day. The programme brings together different practices, traditions and communities, to reflect Kuala Lumpur’s continual renewal and evolution, shaped by its memories and steered by new ways of seeing and experiencing the city,” said June Tan, Artistic Director of KL Fest. 

As one of the festival’s key sponsor and exclusive telecommunications partner, Maxis enhances KL Fest 2026 through improved connectivity and seamless digital experiences across festival locations. Through strengthened coverage and curated on-ground activations, Maxis helps bring people closer to the city and to one another, enabling a more connected and enjoyable festival experience.

The festival is brought to life through the collective efforts of artists, communities and partners across the city, including Media Prima, Yayasan Hasanah, TSLaw Group, Epson, KLCC (Holdings), PNB Merdeka Ventures, Serai Group, AirAsia MOVE, Grab and many others.

Held in conjunction with Visit Malaysia 2026, Warisan KL, and Kuala Lumpur’s designation as a UNESCO Creative City of Design, KL Fest reflects a whole-of-society approach to city-making – with a shared vision of shaping a city that is vibrant, safe and meaningful for all. 

The full programme is available at www.klfestival.com.my.


--END--


KUALA LUMPUR, 7 MEI 2026 – Kuala Lumpur Festival 2026 (KL Fest) yang dikuasakan oleh Maxis serta dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), disokong oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada malam ini menerusi persembahan gala Irama Pusaka—Akar Tradisi, Nadi Baharu, menandakan bermulanya sambutan budaya selama 26 hari di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Berlangsung di Auditorium Bandaraya DBKL, malam pembukaan itu menghimpunkan lima muzik tradisional Malaysia dalam satu persembahan istimewa—mencerminkan kepelbagaian budaya negara serta jalinan identiti yang dikongsi bersama. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama Yang Berhormat Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan; dan Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, wakil kanan kerajaan, tampuk kepimpinan bandar raya, perwakilan diplomatik dan komuniti seni, ahli perniagaan serta masyarakat sivil Malaysia. 

“KL Fest mencerminkan iltizam kami yang berpanjangan dalam membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi kreatif dan kaya kebudayaan, di mana budaya memainkan peranan penting dalam transformasi bandar, pertumbuhan ekonomi dan kepaduan sosial. Festival ini dapat direalisasikan melalui dukungan pelbagai pihak dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama yang bersama-sama menjayakan visi bersama untuk kota ini. Dengan momentum yang positif ini, sukacita untuk saya mengumumkan bahawa KL Fest akan kembali pada Mei 2027 dan kami mengalu-alukan lebih banyak kerjasama untuk tampil lebih awal agar kita dapat terus membentuk Kuala Lumpur sebagai ibu kota kreatif yang berakar pada identitinya sendiri serta terhubung dengan rantau dan dunia,” kata Yang Berhormat Hannah Yeoh. 

Acara kemuncak malam tersebut menampilkan Orkestra Kuala Lumpur, bersama ensembel utama termasuk Gangsapura (gamelan), Lee Rubber Chinese Orchestra, Ekam Ensemble dan adiguru sape, Leslie Eli. Kelima-lima tradisi menemui titik pertemuan yang berakar dalam warisan, pada masa yang sama memandang ke hadapan, seiring dengan tema pesta tahun ini iaitu Ingatan dan Masa Depan. Walaupun berakar umbi dan diamalkan secara meluas, KL Fest menampilkan tradisi ini dalam ruang kota — mencetuskan penghargaan baharu dalam kalangan masyarakat tempatan dan pengunjung.

“KL Fest ialah sebahagian daripada usaha jangka masa panjang untuk memperkukuhkan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai tempat orang ramai meluangkan masa mereka secaraaktif. Besar harapan kami untuk menjadikan Pusat Bandar sebagai tempat budaya, komuniti dan perdagangan berhimpun untuk menghidupkan kota ini. Festival ini memaparkan bagaimana warisan dan ruang awam dapat diaktifkan melalui program berkurasi, penceritaan, perkongsian, penciptaan pengalaman bermakna dan berterusan lama-kelamaan. Festival ini merupakan usaha yang dilaksanakan secara berfasa dan sistematik—merentasi sektor awam, swasta dan kreatif bagi membentuk kota yang lebih meriah, berdaya huni dan berbudaya,” kata YBhg Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City. 

Bermula dari 6 sehingga 31 Mei 2026, KL Festival menampilkan lebih 80 program merentasi 26 tempat yang mentransformasikan bangunan warisan, jalanan dan ruangan awam di Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi rangkaian pengalaman kebudayaan. Program festival merangkumi bayangan semula wayang kulit, tarian kontemporari, seni instalasi imersif, wayang pacak dan teater. Ianya juga turut menampilkan persembahan perdana dari Malaysia, Asia dan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat serantau bagi wacana seni kontemporari.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif nasional Warisan KL, KL Festival memperkasa usaha penjanaan semula bandar berteraskan budaya dengan menafsir semula dimensi ketara dan tidak ketara warisan kota. Dengan menggalakkan orang ramai meneroka semula ruang bandar, festival ini merangsang aktiviti ekonomi setempat, memperkukuh penghargaan terhadap budaya, serta memupuk rasa kebersamaan, kebanggaan kolektif dan identiti nasional yang lebih mendalam. Melalui pembaharuan berasaskan warisan, festival ini menyokong pertumbuhan bandar dan ekonomi jangka panjang, di samping mengukuhkan perpaduan negara. 

“KL Festival merupakan bagaimana kita alami bandar ini melalui seni dan budaya—bukan sekadar di pentas tradisional, bahkan di ruang yang kita hidup dan melaluinya setiap hari. Aturcara festival ini menghimpunkan pelbagai karya, tradisi dan komuniti yang merenungi pembaharuan dan perkembangan Kuala Lumpur yang terbentuk daripada ingatan bersama, serta bagaimana kota ini dipandukan dengan cara baharu untuk melihat dan menghayati setiap pelusuknya,” jelas June Tan, Pengarah Artistik KL Festival. 

Sebagai salah satu penaja utama dan rakan telekomunikasi eksklusif festival, Maxis mempertingkatkan KL Festival 2026 melalui sambungan yang lebih baik serta pengalaman digital yang lancar di seluruh lokasi festival. Melalui liputan rangkaian yang diperkukuh dan aktivasi di lapangan yang dikurasi, Maxis membantu mendekatkan orang ramai dengan kota dan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan pengalaman festival yang lebih terhubung dan menyeronokkan.

Kurasi festival ini dapat direalisasikan melalui usaha bersama pelbagai artis, komuniti dan rakan kongsi, termasuk Media Prima, Yayasan Hasanah, TSLaw Group, Epson, KLCC (Holdings), PNB Merdeka Ventures, Serai Group, AirAsia MOVE, Grab dan ramai lagi. KL Festival berlangsung sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Warisan KL dan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO. 

Festival ini mencerminkan pendekatan menyeluruh masyarakat dalam pembentukan bandar berpaksikan gagasan bersama untuk membentuk sebuah kota yang lebih berjiwa, selamat dan bermakna untuk semua. 

Program festival boleh diakses melalui www.klfestival.com.my.

--TAMAT--

Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2026 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2