KL Festival 2026 Sparks Groundswell Across Downtown Kuala Lumpur
More than 150 events, activations and collaborations transformed the historic core as KL Fest confirms its return in 2027

Date: 30 May 2026 (Saturday)
Location: Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 MAY 2026 – KL Festival 2026 (KL Fest) closed today with a clear message: Kuala Lumpur is building more than a festival, it is building a cultural movement. Over 26 days, the festival transformed Downtown Kuala Lumpur into a living stage, presenting more than 80 programmes and 700 hours of performances, installations, theatre, dance and community experiences across heritage buildings and public spaces. With 90 per cent of its line-up free and open to the public, KL Fest made good on its promise: that the capital’s festival belongs to everyone. 

Organised by Think City and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), with support from the Ministry of Finance and the Federal Territories Department, and powered by Maxis, KL Fest forms part of a wider effort to revitalise Downtown Kuala Lumpur through arts, culture and community activation. What began as a curated festival programme quickly evolved into something much larger. While KL Fest initially set out with 80 planned programmes, the festival ultimately grew into more than 150 performances, collaborations, activations and community-led experiences as artists, businesses, institutions, cultural groups and communities stepped forward to participate. 

The response demonstrated how public investment can unlock significantly wider participation, partnerships, and renewed public engagement with the historic core. KL Fest also nurtured a growing sense of ambassadorship for Kuala Lumpur itself, as thousands gathered to rediscover and collectively experience the city in new ways. 

“KL Festival has affirmed its place as Kuala Lumpur’s international city festival, reflecting the kind of city we aspire to build, one that is open, creative, and inclusive, globally connected while remaining deeply rooted in its heritage, cultures and communities,” said Yang Berhormat Hannah Yeoh, Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories) at the closing of KL Fest.

“I have seen firsthand the energy it generates in our streets, our heritage spaces and our communities, as well as the pride it continues to inspire in Kuala Lumpur’s identity. KL Festival has delivered its vision of bringing some of the best artists practising today to Kuala Lumpur while remaining accessible and welcoming to everyone. I am delighted to confirm that KL Festival will return in May 2027, and I hope the next edition will explore themes of kindness, empathy, unity and hope, reflecting the strength and diversity of Malaysia. As KL Festival continues to grow, we welcome partners, communities, creatives, communities and institutions to come on board early and strengthen Kuala Lumpur’s position as an international cultural platform for Malaysia and the region, “ she added. 

The closing evening also witnessed the announcement of Asian Music Games (AMG) Kuala Lumpur 2026. Organised by Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) and sanctioned by the Asian Marching Band Confederation (AMBC), AMG Kuala Lumpur 2026 will be held from 4 to 13 September 2026, bringing together an estimated 7,000 local and 3,000 international participants from nine countries across 105 medal events — in a first-of-its-kind Olympic-style format for music. 

“This year’s KL Festival theme, Memory and Tomorrow, invited both residents and visitors to experience how memories and culture continue to live and breathe through the city’s artists, communities and people, while reflecting on how Kuala Lumpur’s rich confluence of cultures continues to evolve as it embraces the future. After a month of exciting celebrations and thought-provoking reflections, the Marching Band showcase at Dataran Merdeka by our youth encapsulates our verve for tomorrow, and our aspirations for the continual deepening and growth of the cultural landscape for us and our city, Kuala Lumpur,” said June Tan, Artistic Director, KL Fest. 

KL Fest has always pointed towards something larger, a city where creativity, cultures and communities converge, and where that convergence generates lasting value: economic, civic and cultural. Aligned with the national Warisan KL initiative, the city’s UNESCO Creative City of Design designation, and Visit Malaysia 2026, the festival is a marker on a longer journey. 

Yang Berbahagia Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director, Think City also said “What makes KL Festival distinctive is that it is deeply embedded within the historic fabric of Kuala Lumpur itself. We worked on bringing life to streets, heritage buildings, public spaces and neighbourhoods as part of a larger effort to reconnect people with Downtown KL. A great city is ultimately shaped by its social spaces, places where people gather, interact and collectively bring the city to life. Ultimately, this is about long-term urban regeneration, where culture becomes a catalyst for public life, social and economic activity, and renewed confidence in the city.”

“The response to KL Fest demonstrates a growing appetite for the historic core to evolve into a more vibrant, liveable and internationally relevant cultural district. We thank artists, partners, communities and visitors who helped shape KL Fest and embraced its vision for the city,” he added. 

As the festival comes to a close this weekend, it leaves behind more than just memories. It leaves a stronger belief that Kuala Lumpur’s historic core can continue to thrive as a living cultural heart where heritage, creativity and community remain part of everyday city life. 

--ENDS--

KL FESTIVAL 2026 MENCETUS GELOMBANG KEBUDAYAAN MERENTASI PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2026 – KL Festival 2026 (KL Fest) melabuhkan tirainya dengan satu pesanan yang jelas: Kuala Lumpur bukan sekadar membangunkan sebuah festival, tetapi ibu kota ini sebenarnya sedang membina sebuah gerakan kebudayaan. Sepanjang 26 hari, KL Fest telah memberi nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur melalui lebih daripada 80 aturcara dan 700 jam yang terdiri daripada persembahan, seni instalasi, teater, tarian dan pengalaman komuniti merentasi pelbagai bangunan warisan dan ruangan awam. Dengan 90 peratus daripada pengisiannya percuma dan terbuka kepada orang ramai, KL Fest berjaya menunaikan janjinya iaitu festival ibu kota ini milik semua. 

Festival ini dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sokongan Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan, serta dikuasakan oleh Maxis. KL Fest terbentuk daripada sebahagian besar usaha bagi memulih semula Pusat Bandar Kuala Lumpur melalui pengaktifan seni, budaya dan komuniti.

Pada asalnya, aturcara festival yang disusun rapi ini serta-merta berkembang menjadi sesuatu yang di luar jangkaan. Walaupun pada awalnya KL Fest mensasarkan sebanyak 80 aturcara untuk dikurasikan dan disokong, pesta ini akhirnya menyaksikan sebanyak 150 persembahan, kerjasama, pengaktifan dan pengalaman yang diterajui oleh komuniti apabila artis, peniaga, institusi, kumpulan kebudayaan dan komuniti setempat tampil untuk turut serta inisiatif ini.

Sambutan yang berlaku membuktikan bahawa pelaburan terhadap kepentingan awam dapat membuka peluang yang lebih luas untuk penyertaan, perkongsian dan penglibatan semula orang ramai dengan kawasan-kawasan bersejarah. KL Fest turut memupuk semangat kedutaan yang semakin menebal dalam mewakili Kuala Lumpur tatkala ribuan pengunjung berkumpul untuk menemui semula dan secara kolektif menghayati bandar ini dengan sudut pandang baharu.

“KL Festival telah membuktikan dirinya sebagai festival bandar antarabangsa yang mewakili Kuala Lumpur. Ianya mencerminkan aspirasi bandar yang ingin kita bangunkan—yang terbuka, kreatif dan inklusif, terhubung secara global, pada masa yang sama masih terikat dengan warisan, kebudayaan dan masyarakat setempatnya,” jelas Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam majlis penutup KL Fest."

“Saya menyaksikan secara langsung tenaga yang disuntik ke dalam jalanan, ruangan warisan dan komuniti kita, serta rasa bangga yang terus disemarakkan terhadap identiti Kuala Lumpur. KL Festival telah berjaya merealisasikan visinya untuk membawa barisan penggiat seni terbaik masa kini ke Kuala Lumpur, sambil memastikan festival ini kekal mudah diakses dan mengalu-alukan kedatangan semua orang. Saya dengan sukacitanya membawakan berita gembira bahawa KL Festival bakal kembali pada bulan Mei tahun hadapan dan saya berharap edisi seterusnya akan menerokai tema kebaikan, empati, perpaduan, dan harapan yang mencerminkan kekuatan serta kepelbagaian Malaysia. Seiring dengan perkembangan berterusan KL Festival, kami mengalu-alukan kerjasama rakan kongsi, komuniti, penggiat kreatif dan institusi untuk bersama-sama dengan kami dari peringkat awal bagi memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai platform budaya antarabangsa untuk Malaysia dan rantau ini,” katanya lagi.

Majlis penutup tersebut turut menyaksikan pengumuman Asia Music Games (AMG) Kuala Lumpur 2026. Dianjurkan oleh Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) dan disahkan oleh Konfederasi Pancaragam Asia (AMGC), AMG Kuala Lumpur 2026 akan berlangsung pada 4 hingga 13 September 2026 dan menghimpunkan kira-kira 7,000 peserta tempatan serta 3,000 peserta antarabangsa dari sembilan negara merentasi 105 acara pingat—dalam format ala Olimpik yang diadakan buat julung kali seumpamanya bagi dunia muzik. 

“Tema KL Festival pada tahun ini, Ingatan dan Masa Depan (Memory and Tomorrow), menjemput kedua-dua penghuni dan pengunjung ibu kota ini untuk menghayati bagaimana ingatan dan budaya terus menjadi denyut nadi sebuah bandar milik penggiat seni, komuniti dan masyarakatnya, pada masa yang sama mencerminkan bagaimana pertembungan budaya Kuala Lumpur yang kaya terus berkembang menuju masa hadapan. Setelah sebulan meraikan kreativiti, budaya dan kebersamaan, persembahan Pancarangan di Dataran Merdeka dibawakan oleh generasi muda menyimpulkan semangat kita melangkah ke hadapan dengan harapan dan tekad untuk terus memperkasa dan menyemarakkan lagi landskap budaya Kuala Lumpur— kota yang kita cintai bersama,” tambah June Tan, Pengarah Artistik KL Fest.

Sejak awal lagi KL Fest mempunyai sasaran yang lebih besar iaitu sebuah kota yang kreatif, berbudaya, dan komunitinya terhubung, serta titik pertemuan itu mampu menjana nilai yang berkekalan dari sudut ekonomi, sivik dan kebudayaan. Sejajar dengan inisiatif nasional Warisan KL, pengiktirafan bandar raya ini sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO, serta Tahun Melawat Malaysia 2026, pesta ini menjadi satu mercu tanda dalam perjalanan panjang yang sedang ditempuh. 

Yang Berbahagia Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Pengurusan Think City turut berkata, “Apa yang menjadikan KL Festival ini istimewa adalah bagaimana festival ini begitu bersangkut-paut dalam struktur bersejarah Kuala Lumpur itu sendiri. Kami berusaha untuk menghidupkan kembali jalanan, bangunan warisan, ruangan awam dan kawasan kejiranan sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan semula masyarakat dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sebuah kota yang hebat akhirnya dibentuk oleh ruang sosialnya—tempat masyarakat berkumpul, berinteraksi dan secara kolektif menghidupkan nadi kota. Pada akhirnya, usaha ini adalah mengenai penjanaan semula bandar dalam jangka masa panjang yang melihat budaya sebagai pemangkin kepada kehidupan awam, aktiviti sosial dan ekonomi, serta pembinaan semula keyakinan terhadap masa depan kota ini.”

“Sambutan KL Fest membuktikan terdapat permintaan yang makin membesar untuk kawasan-kawasan bersejarah berkembang menjadi ruang kebudayaan yang lebih meriah, mesra dihuni dan relevan di peringkat antarabangsa. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penggiat seni, rakan kerjasama dan komuniti, serta para pengunjung yang membantu membentuk KL Fest dan menjulang wawasannya demi kota ini.” 

Tatkala festival ini menghampiri garis penamat pada hujung minggu ini, KL Fest bukan sekadar meninggalkan kenangan. Festival ini meninggalkan keyakinan yang lebih teguh bahawasanya kawasan-kawasan bersejarah Kuala Lumpur mampu untuk terus berkembang sebagai denyut nadi kebudayaan bernyawa yang menyaksikan warisan, kreativiti dan komuniti kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2026 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2