Date: 13 March 2026, Friday
Location: Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 13 MARCH 2026 – KL Festival (KL Fest) will take place from 6 to 31 May as part of a long-term strategy to rejuvenate the capital through culture-led urban regeneration. Organised by Think City and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), and supported by the Ministry of Finance and the Federal Territories Department (Prime Minister’s Department), the initiative aligns with Visit Malaysia 2026, Warisan KL, and Kuala Lumpur’s designation as a UNESCO Creative City of Design.
More than a cultural celebration, the Kuala Lumpur Festival with an injection of RM3 million is designed as an economic intervention. Over 80 multidisciplinary events will unfold across more than 26 heritage buildings, public spaces and streets, delivering over 700 hours of programming. With a target of more than 100,000 visitors, the festival is expected to extend footfall beyond traditional business hours, increase dwell time in the city centre and stimulate spending across food and beverage outlets, retail, transport services and surrounding commercial establishments.
This year’s theme, “Memory & Tomorrow,” reflects Kuala Lumpur’s evolution as a city shaped by heritage, migration and continuous transformation, reinforcing the role of creativity, cultures and communities in shaping liveable, inclusive and globally competitive cities.
Kuala Lumpur’s population of 2.1 million, alongside Greater KL’s 8.8 million catchment, provide a strong domestic participation base, supplemented by interstate and international visitors under Visit Malaysia 2026.
According to Dato' Hamdan Abdul Majeed, Managing Director, Think City "This festival demonstrates how culture can function as a catalytic role in regeneration strategies. Physical upgrades alone do not sustain city centres. Activation, identity and consistent public engagement are critical drivers of investment and commercial activity. KL Fest is structured to reactivate space, increase visitation and create meaningful economic opportunities for local enterprises.”
Flagship programmes anchoring the festival’s economic and place activation impact includes Jogeton at Dataran Merdeka; ASWARA Artskap at ASWARA; Irama Pusaka at Auditorium Bandaraya over three nights; Public Art Installations through the KL Architecture Festival Competition across Downtown KL; Warung Terang by Filamen, activating laneways and streets through projection mapping; Planet KL at River of Life and The Making of Merdeka Textile Museum: A Creative Journey" amongst others.
KL Fest will also feature theatre, dance and performance works staged in key cultural venues, including Fragments of Tuah (Sekolah Seni Malaysia, KL), Pending (Chan She Shu Yuen Ancestral Hall), Siapa Cacat? (GMBB), Origin of a Tale (Rumah Tangsi), Chapter 2 (ASWARA), and The Lessons of Silence (The Godown Arts Centre), reinforcing the festival’s role in sustaining creative livelihoods and venue activation.
Globally, major arts festivals have demonstrated strong economic spillover effects. The Manchester International Festival has reported economic contributions exceeding £100 million, while the Edinburgh Festival Fringe generates more than £200 million annually. Closer to home, George Town Festival attracts up to 250,000 visitors annually. The inaugural KL Fest drew over 140,000 visitors and supported more than 800 creative jobs and gigs, highlighting the role of sustained cultural programming in urban economic vitality.
With the majority of programmes offered free to the public, the festival also reinforces inclusive participation, ensuring that regeneration efforts benefit communities alongside businesses. By bringing together cultural institutions, property owners, corporate partners and community organisations, KL Fest aims to demonstrate how public-private collaboration can accelerate urban renewal while strengthening civic pride.
Further details are available at www.klfestival.com.my.
--END--
KUALA LUMPUR, 13 MAC 2026 – KL Festival (KL Fest) yang akan berlangsung dari 6 sehingga 31 Mei merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang bagi peremajaan ibu kota melalui pemulihan bandar yang diterajui oleh kebudayaan. KL Fest dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta disokong oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri). Inisiatif ini selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, Warisan KL dan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO.
Bukan hanya sekadar perayaan budaya, KL Fest telah disusun khas sebagai sebuah intervensi ekonomi dengan suntikan dana sebanyak RM3 juta. Lebih 80 acara pelbagai disiplin bakal berlangsung merentasi lebih daripada 26 buah bangunan warisan, ruang awam dan jalan yang menyampaikan keseluruhan aturcara selama lebih dari 700 jam. KL Fest menyasarkan lebih daripada 100,000 pengunjung dan menjangkakan penambahan bilangan peserta akan memanjangkan waktu bekerja lazim, meningkatkan waktu pengunjung berada di pusat bandar dan merangsangkan perbelanjaan dalam sektor makanan dan minuman, peruncitan, perkhidmatan pengangkutan serta perniagaan lain di kawasan sekitar.
Tema tahun ini, “Ingatan & Masa Depan (Memory & Tomorrow) mencerminkan evolusi Kuala Lumpur sebagai sebuah kota yang dibentuk oleh kebudayaan, penghijrahan dan transformasi berterusan, lantas mengukuhkan peranan kreativiti, komuniti dan budaya dalam mewujudkan bandar-bandar yang mampu didiami, terangkum dan berdaya saing secara sejagat.
Seramai 2.1 juta bilangan penduduk Kuala Lumpur, serta seramai 8.8 juta penduduk yang merangkumi Kawasan Kuala Lumpur Raya, menyediakan landasan penyertaan domestik yang kuat, ditambah pula dengan pengunjung lain daripada luar negeri dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurut Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City, “Pesta ini membuktikan bagaimana budaya mampu memainkan peranan sebagai pemangkin pemulihan strategi. Penambahbaikan fizikal semata tidak mampu menampung pusat bandar. Pengaktifan, jati diri dan penglibatan yang tekal merupakan pemacu utama dalam aktiviti pelaburan dan perusahaan. KL Fest dirangkakan bagi mengaktifkan ruang, meningkatkan kunjungan dan mencipta peluang ekonomi yang bermakna bagi peusahaan tempatan.”
Aturcara utama yang menambat impak pengaktifan ekonomi dan tempat termasuklah acara Jogeton di Dataran Merdeka; Artskap ASWARA di ASWARA; Senandung Warisan di Auditorium Bandaraya selama tiga malam; seni pemasangan awam di sekitar Pusat Bandar KL sempena KL Architecture Festival Competition; Warung Terang oleh Filamen yang mengaktifkan laluan dan lorong melalui pemetaan unjuran (projection mapping); Planet KL di Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) dan The Making of Merdeka Textile Museum: A Creative Journey.
KL Fest turut akan mengetengahkan seni teater, tarian dan persembahan yang akan dipentaskan di pelbagai tempat utama, termasuklah Fragments of Tuah (ASWARA), Pending (Dewan Nenek Moyang Chan She Shu Yuen), Siapa Cacat? (GMBB), Origin of a Tale (Rumah Tangsi), Chapter 2 (ASWARA) dan The Lessons of Silence (The Godown),memperkukuhkan peranan pesta ini dalam menjana mata pencarian sektor kreatif dan pengaktifan ruang.
Secara sejagat, pesta seni besar telah membuktikan kesan limpahan ekonomi yang memberangsangkan. Pesta Antarabangsa Manchester telah melaporkan sumbangan melebihi £100 juta, manakala Pesta Pinggiran Edinburgh menjana lebih £200 juta setahun. Selayang pandang, Pesta George Town menarik seramai 250,000 pengunjung setahun. KL Fest yang diadakan buat julung kali telah menarik seramai 140,000 pengunjung dan disokong oleh lebih 800 peluang pekerjaan kreatif. Hal berikut menggambarkan peranan aturcara kebudayaan yang mampan dalam kecergasan ekonomi bandar.
Selain daripada sebahagian besar aturcara KL Fest ditawarkan secara percuma kepada orang ramai, pesta ini turut mengukuhkan penyertaan yang terangkum, memastikan usaha penjanaan semula bandar memberi manfaat kepada lain-lain komuniti selain daripada komuniti perniagaan. Dengan menghimpunkan institusi kebudayaan, pemilik hartanah, rakan korporat dan organisasi komuniti, KL Fest berhasrat untuk mempamerkan bagaimana kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat mempercepat pembaharuan bandar, pada masa yang sama mengukuhkan rasa bangga terhadap bandar dan kehidupan sivik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.klfestival.com.my.
--TAMAT--