Date: 25 Julai 2026 (Sabtu)
Location: Fort Cornwallis, George Town
GEORGE TOWN, 25 Julai 2026 – Majlis pembukaan semula Fort Cornwallis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menandakan detik bersejarah dalam usaha membangunkan semula pusat sivik bersejarah George Town. Hasil daripada usaha pemuliharaan dan pembaharuan bandar selama sedekad di bawah Program Pesisir Laut Utara (North Seafront Programme), pencapaian ini bukan sekadar penyempurnaan projek pemuliharaan fizikal, malah mencerminkan komitmen jangka panjang untuk memperkukuh warisan, ruang awam dan masa depan bandaraya ini.
Program ini dipacu oleh George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC), sebuah kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Think City, anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta sokongan daripada Aga Khan Trust for Culture yang bertindak selaku Penasihat Teknikal dan Yayasan Hasanah sebagai rakan strategik.
Terletak di tapak asal pengasasan George Town pada tahun 1786, Fort Cornwallis telah menyaksikan pelbagai perubahan sepanjang hampir 240 tahun. Diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008 atas keunikan warisan perdagangan pelbagai budaya, George Town kekal sebagai antara kota bersejarah paling penting di Asia Tenggara. Hari ini, sebagai sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO, Fort Cornwallis memulakan lembaran baharu sebagai pusat sivik yang dihidupkan semula untuk manfaat masyarakat, bukan sekadar sebagai mercu tanda sejarah, tetapi sebagai ruang untuk berkumpul, menimba ilmu, meraikan tradisi dan menghayati kekayaan warisan silang budaya.
"Fort Cornwallis menandakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen Pulau Pinang untuk mengimbangi pemeliharaan warisan dengan pembangunan bandar yang mampan. Program Pesisir Laut Utara menyatukan semula Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, dan kawasan pesisir laut di sekeliling menjadikannya sebuah pusat sivik yang dinamik. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan George Town sebagai bandar warisan dan menyokong perniagaan tempatan, malah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Paling utama, pusat sivik yang kini diberi nafas baharu ini adalah milik seluruh rakyat Pulau Pinang," kata YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pengunjung kini berpeluang menyaksikan sendiri parit pertahanan di bahagian selatan dan barat kota ini kembali digenangi air selepas lebih seratus tahun. Selain itu, kawasan ini kini dilengkapi 10 galeri interpretasi baharu, ruang stor berkubah yang dipulihkan, halaman dalaman yang dikembalikan kepada fungsi asal serta ruang awam yang dipertingkatkan bagi menghubungkan kota bersejarah ini dengan Padang Kota Lama dan pesisir laut.
Ditimbus akibat penularan wabak malaria pada awal tahun 1920-an, parit bersejarah ini telah lenyap daripada landskap kota selama lebih seratus tahun. Kini, ia dibina semula menggunakan batu dan bata binaan tradisional berserta bancuhan kapur hidraulik, sekali gus mewujudkan kawasan tadahan air serta persekitaran hijau seluas lebih 4,000 meter persegi di tapak yang dahulunya merupakan tempat letak kereta. Selain mengembalikan identiti fizikal bersejarahnya, parit ini turut memainkan peranan penting dalam pengurusan air hujan, menyejukkan suhu persekitaran bandar, dan meningkatkan biodiversiti tempatan.
Seluruh kerja pemuliharaan ini berpandukan Pelan Pengurusan Pemuliharaan Fort Cornwallis, kajian arkeologi, penyelidikan arkib, serta kemahiran pertukangan warisan. Pendekatan ini memastikan nilai sejarah kota berkenaan kekal terpelihara di samping menyesuaikan fungsinya untuk kegunaan masyarakat masa kini.
Pemuliharaan Fort Cornwallis merupakan pencapaian terkini di bawah Program Pesisir Laut Utara. Sejak penubuhan GTCDC pada tahun 2015, program ini telah memulihkan tembok laut dan Persiaran Esplanade, Taman Air Pancut Koh Seang Tat, Persiaran Lebuh Light, Taman Linear serta Astaka Kota Selera secara berperingkat. Usaha ini menyatukan semula Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Dewan Bandaraya, Dewan Bandaran, Dewan Sri Pinang dan kawasan pesisir laut menjadi pusat sivik bersejarah George Town, iaitu tumpuan pentadbiran, kebudayaan, perdagangan, dan kehidupan seharian warga kota sejak lebih dua abad.
Transformasi ini turut memelihara warisan hidup di sekitar kota bersejarah ini. Selain itu, Astaka Kota Selera telah dibangunkan semula dengan mengekalkan kesemua 26 gerai penjaja sedia ada, sekali gus memastikan warisan makanan Pulau Pinang kekal sebagai sebahagian daripada pengalaman pengunjung di Padang Kota Lama. Di seluruh pusat bandar George Town, premis seni, budaya, dan kraf telah bertambah hampir dua kali ganda sejak 2013, perniagaan berkaitan pelancongan meningkat hampir tiga suku dan lebih 1,300 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan. Ini membuktikan bahawa pemuliharaan warisan mampu menjana peluang ekonomi yang nyata.
Program ini turut mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk pengiktirafan daripada Anugerah Asia-Pasifik UNESCO bagi Pemuliharaan Warisan Kebudayaan, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia serta Anugerah Cemerlang Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA).
"Salah satu daripada pencapaian paling bermakna menerusi usaha ini sebenarnya terletak pada nilai kerjasama itu sendiri. Sejak 13 tahun lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Think City, dan Aga Khan Trust for Culture telah membangunkan pendekatan inovatif dalam menguruskan sebuah kota bersejarah. Pendekatan ini menyatukan elemen pemuliharaan, ruang awam, pembangunan bandar, dan penglibatan komuniti secara menyeluruh, bukannya dilaksanakan secara terasing. Program Pesisir Laut Utara ialah contoh terbaik bagi membuktikan kejayaan yang boleh dicapai melalui visi bersama ini," kata Dr. Luis Monreal, Pengurus Besar Aga Khan Trust for Culture.
“Fort Cornwallis membuktikan bahawa pemeliharaan warisan merupakan satu pelaburan untuk membentuk komuniti yang lebih inklusif, bandar yang berdaya tahan, serta nilai ekonomi, sosial, dan budaya yang berkekalan. Menerusi pemuliharaan berasaskan data dan kajian, kerjasama jangka panjang, dan tatakelola yang baik, Program Pesisir Laut Utara menunjukkan bagaimana pembangunan semula berteraskan warisan mampu membawa impak bermakna kepada masyarakat serta persekitarannya. Paling utama, pengalaman ini membuktikan bahawa pendekatan sedemikian tidak terhad kepada sebuah bandar sahaja, sebaliknya menjadi model praktikal yang boleh diguna pakai oleh bandar dan pekan bersejarah di seluruh Malaysia," kata Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City.
Pembukaan semula Fort Cornwallis bukan sekadar pemulihan sebuah kota bersejarah, malah melalui Program Pesisir Laut Utara ini membuktikan bahawa elemen warisan mampu mencorak masa depan sesebuah bandar. George Town kini berdiri sebagai contoh terbaik dalam membuktikan bahawa penjanaan bandar berteraskan kebudayaan mampu memperkukuh identiti kebangsaan, di samping mewujudkan nilai budaya, sosial, alam sekitar, dan ekonomi yang mampan.
-TAMAT-
GEORGE TOWN, 25 July 2026 – Officiated by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, the reopening of Fort Cornwallis today marks a defining milestone in the renewal of George Town’s historic civic heart. Following a decade of conservation and regeneration under the North Seafront Programme, it is more than the completion of a conservation project and reflects a long-term commitment to strengthening the city's heritage, public spaces and future.
The programme is delivered by the George Town Conservation and Development Corporation (GTCDC), a partnership between Penang State Government through Chief Minister Incorporated and Think City, a subsidiary of Khazanah Nasional Berhad, in collaboration with the City Council of Penang Island (MBPP), with the Aga Khan Trust for Culture serving as Technical Advisor and Yayasan Hasanah as a strategic partner.
Standing on the site where George Town was founded in 1786, Fort Cornwallis has witnessed nearly 240 years of change. Recognised by UNESCO in 2008 for its exceptional multicultural trading heritage, George Town remains one of Southeast Asia's most significant historic cities. Today, within the George Town UNESCO World Heritage Site, it begins a new chapter as a place returned to daily civic life, where people gather, learn, celebrate and connect with the city’s rich multicultural heritage.
“Fort Cornwallis marks another important milestone in Penang’s commitment to balancing heritage conservation with sustainable urban development. The North Seafront Programme reconnects Fort Cornwallis, Padang Kota Lama and the surrounding waterfront into a vibrant civic landscape that strengthens George Town as a heritage city, supports local businesses and enhances public life. Most importantly, this renewed civic heart belongs to the people of Penang,” said YAB Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang.
Visitors can now experience the fort’s southern and western moats holding water for the first time in more than a century, alongside 10 new interpretation galleries, restored vaulted storerooms, reinstated courtyards and improved public spaces that reconnect the fort with Padang Kota Lama and the seafront.
Filled in during a malaria outbreak in the early 1920s, the moat had disappeared from the landscape for over a century. It has now been reinstated using traditional stone, brick and hydraulic lime mortar, creating more than 4,000 square metres of waterbody and green edge where a surface car park once stood. Beyond restoring a defining historic feature, the moat contributes to stormwater management, urban cooling and biodiversity.
The work was guided by the Fort Cornwallis Conservation Management Plan, archaeological investigations, archival research and traditional craftsmanship, ensuring that the fort’s historic significance was respected while adapting it for contemporary public use. Fort Cornwallis is the latest milestone in the North Seafront Programme. Since the establishment of the GTCDC in 2015, the programme has progressively renewed the Esplanade Seawall and Promenade, Koh Seang Tat Fountain Garden, Lebuh Light Promenade, Linear Garden and Astaka Kota Selera, reconnecting Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Town Hall, City Hall, Dewan Sri Pinang and the waterfront into George Town's historic civic centre, where governance, culture, trade and everyday life have converged for more than two centuries.
The transformation has also protected the living heritage around the fort. Astaka Kota Selera was rebuilt while retaining all 26 hawker businesses, ensuring that Penang’s food culture remains part of the Padang Kota Lama experience. Across George Town’s historic city centre, arts, culture and craft establishments have nearly doubled since 2013, tourism-related establishments have increased by almost three-quarters, and more than 1,300 jobs have been added, demonstrating that heritage conservation can generate tangible economic opportunity.
The programme has earned national and international recognition, including honours from the UNESCO Asia-Pacific Awards for Cultural Heritage Conservation, the Malaysian Institute of Architects, the Malaysia Landscape Architecture Awards and the Malaysian Construction Industry Excellence Awards.
"One of the most important achievements of our collaboration has been the partnership itself. Over the past thirteen years, the Penang State Government, Think City and the Aga Khan Trust for Culture have developed an innovative approach to managing a historic city, one that brings together conservation, public space, urban development and community stewardship rather than treating projects in isolation. The North Seafront Programme is a powerful example of what this shared vision can achieve," said Dr. Luis Monreal, General Manager of Aga Khan Trust for Culture.
"Fort Cornwallis demonstrates that heritage is an investment in stronger communities, more resilient cities and lasting economic, social and cultural value. Through evidence-led conservation, long-term partnerships and stewardship, the North Seafront Programme demonstrates how culture-led regeneration can deliver meaningful outcomes for people and place. More importantly, this experience shows that this approach is not unique to one city. It provides a practical model that can be adapted to historic towns and cities across Malaysia," said Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City.
More than the reopening of a fort, the North Seafront Programme demonstrates how heritage can shape the future of cities. George Town stands as a compelling example of how culture-led urban regeneration can strengthen national identity while shaping lasting cultural, social, environmental and economic value.
-END-