PEMEGANG TARUH DAN KOMUNITI SAMBUT SERUAN YAB PERDANA MENTERI UNTUK GERAKKAN WARISAN KL SEBAGAI MISI NASIONALKhazanah Komited RM600 Juta; YAB Perdana Menteri Seru Sokongan Menyeluruh Daripada Semua Pihak Untuk Semarakkan Jiwa Kota Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2025 –Susulan pelancaran oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Warisan KL telah menerima sokongan menyeluruh daripada pelbagai pemain taruh nasional—termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pelaburan strategik, penggiat budaya serta komuniti tempatan – dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khazanah Nasional (Khazanah) dan Think City (anak syarikat milik penuh Khazanah) bertindak sebagai peneraju bersama dalam menjayakan visi nasional ini.
Warisan KL kini diangkat sebagai misi kebangsaan untuk memberi nafas baharu kepada ibu negara melalui pembangunan berasaskan warisan, budaya dan kreativiti—selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan agenda pembangunan saksama.
Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri menegaskan bahawa kemajuan sebenar negara tidak boleh hanya diukur dengan pencakar langit, tetapi melalui keupayaannya memelihara jiwa, memori dan nilai-nilai bersama rakyat. Beliau menyifatkan Warisan KL sebagai sebuah insiatif nasional yang memerlukan penyertaan menyeluruh merentas sektor dan generasi.
Warisan KL bukan sekadar memulihkan bangunan. Ia adalah tentang mengembalikan rasa bangga, rasa memiliki dan peluang kepada rakyat Malaysia. Dengan komitmen awal RM600 juta oleh Khazanah, beliau menyeru PNB, PETRONAS, KTMB dan semua pemegang taruh nasional lain untuk turut serta menjayakan usaha ini. Warisan KL adalah contoh pembangunan dengan pertumbuhan yang saksama—di mana rakyat tidak tertinggal, malah diberdayakan.
Dengan 10 projek perintis andalan sebagai pemangkin perubahan, Warisan KL menetapkan hala tuju jelas untuk memaknakan kawasan sivik, dan budaya yang paling ikonik di ibu negara. Inisiatif ini menjadikan warisan, kreativiti dan daya huni bandar sebagai asas kepada ekonomi baharu yang inklusif dan berimpak tinggi.
Usaha ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Pemandu Warisan KL, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), serta Jawatankuasa Kerja Warisan KL yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan disokong secara teknikal oleh Think City (sebagai rakan pelaksana Khazanah) dan Kementerian Kewangan sebagai sekretariat pelaksana.
Struktur ini berteraskan prinsip penyelarasan rentas kerajaan, agensi pelaksana dan rakan kolaborasi, berpandukan Pelan Induk Daerah Kreatif dan Kebudayaan Kuala Lumpur yang telah diterima pakai dalam Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040.
Warisan KL mencerminkan pendekatan whole-of-nation dengan penyertaan pelbagai lapisan termasuk Khazanah Nasional Berhad, MBI Selangor, DBKL, Jabatan Warisan Negara, PNB Merdeka Ventures, Prasarana, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Arkib Negara Malaysia, Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Semua House serta syarikat swasta, penggiat budaya, dan masyarakat sivil. Turut dijangkakan ialah penyertaan daripada PETRONAS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan agensi pelaburan strategik, dan kementerian lain bagi menjayakan usaha ini sebagai usaha jangka panjang negara.
YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur menyifatkan Warisan KL sebagai pemangkin transformasi bandar secara menyeluruh. “Warisan KL bukan sekadar agenda warisan, ia adalah strategi bandar yang menekankan daya huni, keterangkuman dan ketahanan budaya. Kita bukan hanya memulihkan bangunan, kita menghidupkan semula identiti dan kehidupan masyarakat. Ini adalah fasa penting dalam membentuk semula Kuala Lumpur sebagai ibu negara untuk semua rakyat Malaysia.”
YBhg. Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad berkata, “Khazanah berbangga bekerjasama dengan DBKL dalam menerajui inisiatif Warisan KL sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh modal sosial dan budaya negara. Melalui Think City, kami komited menterjemahkan visi ini kepada pembangunan bandar yang nyata, dengan menjadikan warisan sebagai pencetus rasa bangga terhadap negara, daya cipta dan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Projek andalan seperti pemulihan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara bukan sekadar pemuliharaan fizikal, tetapi mencerminkan iltizam kami menghidupkan warisan sebagai nadi pembangunan yang inklusif. Transformasi warisan negara ini juga sejajar dengan strategi Khazanah yang berlandaskan kerangka A Nation That Creates, ke arah mewujudkan ruang-ruang dinamik yang menyatukan komuniti dan memperkukuh identiti Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya.”
YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Kumpulan PNB berkata, “Peranan Merdeka 118 dalam Warisan KL melambangkan keyakinan kami bahawa sejarah dan kemajuan boleh bergerak seiring. Melalui pemulihan dan pemuliharaan teliti mercu tanda penting seperti Stadium Merdeka, kami menghargai warisan negara sambil mewujudkan ruang inklusif yang mengukuhkan komuniti. Presint ini menjadi bukti komitmen kami untuk mengekalkan identiti dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang”.
YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC) berkata “Sebagai pemegang amanah warisan rel negara, RAC komited untuk menyerlahkan semula aset ikonik seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Menerusi Warisan KL, kami berhasrat untuk memulihkan kawasan ini sebagai mercu tanda sivik yang penting — sambil meraikan nilai sejarahnya dan menghubungkannya kembali dengan kehidupan ekonomi dan sosial bandar ini. Kami berbangga dapat menyumbang ke arah pembentukan pusat bandar Kuala Lumpur yang lebih rancak, mudah diakses dan kaya dengan nilai budaya.”
Penglibatan komuniti adalah nadi kepada usaha ini. Penggiat seni dan budaya yang terlibat dalam Warisan KL menyuarakan pendapat:
Zeen Chang, Rakan Kongsi Urusan Bai Chuan Management dan Pengasas Bersama Kwai Chai Hong berkata: “Kwai Chai Hong bermula sebagai projek kecil-kecilan. Melihat impak inisiatif pemulihan ini, kami kini mempunyai misi yang lebih besar — untuk menghargai warisan kami. Melalui Warisan KL, kami dapat menyumbang kepada usaha kolektif untuk memastikan naratif budaya Cina terus hidup dan boleh diakses. Ia adalah tentang bagaimana kita mencipta ruang di mana sejarah dan pemodenan dapat wujud bersama. Pengunjung daripada pelbagai usia, rakyat tempatan mahupun pelancong akan dapat merasai keunikan kisah silam dan semasa Kuala Lumpur.”
Nur Diyana Nadirah, Pengasas Gangsapura berkata: “Sokongan daripada inisiatif seperti Warisan KL membolehkan Gangsapura memperkenalkan warisan budaya Melayu, gamelan, kepada sasaran baharu di tengah bandar. Warisan hidup ini bukanlah sekadar tinggalan masa lalu — ia sentiasa mengilhamkan kreativiti, menyatukan komuniti dan mewarnai budaya di bandar. Warisan KL mewujudkan hubungan yang mendalam kepada generasi akan datang dengan semangat seni Malaysia yang tak lapuk dek zaman.”
Engku Roestam Alias, Pengasas Bersama Kedai Buku Riwayat berkata: “Warisan KL membuka peluang untuk ruang seperti Kedai Buku Riwayat berkembang di tengah pusat bersejarah Kuala Lumpur. Melalui sastera dan penceritaan, kami mengangkat dan memperbaharui naratif penting dalam identiti kebangsaan kita. Dengan meraikan kekuatan penulisan, Warisan KL mengukuhkan peranan kota ini sebagai tempat pertemuan warisan, budaya dan imaginasi.”
Warisan KL bukan sekadar projek pemulihan, ia adalah misi nasional untuk membentuk semula Kuala Lumpur sebagai cerminan jiwa negara. Dengan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan masyarakat, Warisan KL menandakan langkah penting dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI, di mana pembangunan bukan hanya diukur dari segi kemajuan fizikal, tetapi melalui erti, rasa kepunyaan dan masa depan yang dibina bersama.
-- TAMAT--
STAKEHOLDERS AND COMMUNITY BACK YAB PRIME MINISTER’S CALL TO ADVANCE WARISAN KL AS A NATIONAL AGENDAKhazanah Commits RM600 Million; YAB Prime Minister Calls for Broad Support to Revitalise the Soul of Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 15 May 2025 – Since its launch by the Prime Minister, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Warisan KL has received broad support from various national stakeholders — including government-linked companies (GLCs), strategic investment institutions, cultural activists and local communities. The initiative is jointly led by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL), Khazanah Nasional (Khazanah), and Think City (urban impact organisation wholly owned by Khazanah), who are working together to bring this national vision to life.
Warisan KL is now elevated as a national mission to breathe new life into the nation’s capital through heritage, culture and creativity-driven development, in line with the aspirations of Malaysia MADANI and the agenda for equitable growth.
In his launching speech, the Prime Minister emphasised that a nation’s true progress cannot be measured solely by skyscrapers, but by its capacity to preserve the soul, memory and shared values of its people. He described Warisan KL as a national initiative that calls for participation of all sectors and generations.
Warisan KL is not just about restoring buildings. It is about restoring pride, nurturing a sense of belonging, and creating opportunities for Malaysians. With Khazanah’s initial commitment of RM600 million, he called upon PNB, PETRONAS, KTMB and all other national stakeholders to come together in advancing this national effort. Warisan KL serves as a model of equitable growth, one that empowers the people and not leave them behind.
Anchored by 10 flagship pilot projects as catalysts for change, Warisan KL charts a clear direction to enrich the capital’s most iconic civic and cultural areas. This initiative positions heritage, creativity and liveability as the foundation for a new, inclusive and high-impact economy.
The effort is co-ordinated by the Warisan KL Steering Committee, co-chaired by the Second Minister of Finance and the Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories), along with the Warisan KL Working Committee chaired by the Mayor of Kuala Lumpur. Think City (as Khazanah’s implementing partner) and the Ministry of Finance serves as the implementing secretariat.
This structure ensures alignment with the various government departments, implementing agencies and collaborative partners and is guided by the Kuala Lumpur Creative and Cultural District Master Plan, which has been adopted under the Kuala Lumpur Local Plan 2040.
Warisan KL reflects a whole-of-nation approach with participation from various entities including Khazanah Nasional Berhad, MBI Selangor, DBKL, Department of National Heritage, PNB Merdeka Ventures, Prasarana, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, National Archives of Malaysia, Railway Asset Corporation (RAC), Semua House, as well as private companies, cultural practitioners, and civil society groups. PETRONAS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), strategic investment agencies and other ministries are expected to come on board to realise this long-term national effort.
YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Shariff, Kuala Lumpur Mayor described Warisan KL as a catalyst for integrated urban transformation. “Warisan KL is not just a heritage agenda — it is an urban strategy focused on liveability, inclusion and cultural resilience. We are not just restoring buildings — we are reactivating identity and public life. This is a critical chapter in reimagining KL as a capital for all Malaysians.”
YBhg. Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Managing Director of Khazanah Nasional Berhad, said, “Khazanah is proud to collaborate with DBKL in spearheading the Warisan KL initiative as part of efforts to strengthen the nation’s social and cultural capital. Through Think City, we are committed to translating this vision into tangible urban development, positioning heritage as a catalyst for national pride, creativity, and sustainable economic growth. Flagship projects such as the revitalisation of the Sultan Abdul Samad Building and Carcosa Seri Negara are not merely physical restorations, but a reflection of our determination to breathe new life into heritage as the heart of inclusive development. This transformation of national heritage also aligns with Khazanah’s strategy under the A Nation That Creates framework, aimed at creating dynamic spaces that bring communities together and reinforce Malaysia’s identity as a cultural tourism destination.”
YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda , Group Chairman of PNB, said: "Merdeka 118's role within Warisan KL reflects our belief that history and progress can move forward together. Through the careful restoration and conservation of key landmarks like Stadium Merdeka, we honour our heritage while inclusive spaces that uplift communities. This precinct is a testament to our commitment to preserving identity and empowering future generations."
YBhg. Dato’ Azhar Ahmad, Chief Executive Officer of RAC said: "As custodian of Malaysia’s railway heritage, RAC is committed to rejuvenating iconic assets such as the historic Kuala Lumpur Railway Station and its surrounding precincts. Through Warisan KL, we aim to restore these spaces as vital civic landmarks — celebrating their historical significance while reconnecting them to the economic and social life of the city. We are proud to contribute towards building a more vibrant, accessible and culturally resonant downtown Kuala Lumpur.
Community participation lies at the heart of this effort. Cultural and arts activities involved in Warisan KL also shared their views:
Zeen Chang, Managing Partner of Bai Chuan Management and Co-Founder of Kwai Chai Hong, said: "Kwai Chai Hong began as a humble passion project. Seeing the impact this restoration effort has made, we now have a bigger mission – to honour our heritage. Through Warisan KL, we become part of a collective effort to ensure that our Chinese cultural narratives remain alive and accessible. It's about creating spaces where history and modernity coexist. Visitors of all age groups, both locals and tourists, will get to experience the rich tapestry of Kuala Lumpur's past and present."
Nur Diyana Nadirah, Founder of Gangsapura, said: "Support from initiatives like Warisan KL has allowed Gangsapura to bring traditional Malay gamelan to new audiences in the heart of the city. It shows that living heritage is not static — it continues to inspire creativity, build communities and shape urban culture. Warisan KL gives the next generation a powerful connection to Malaysia’s timeless artistic spirit."
Engku Roestam Alias, Co-Founder of Riwayat Bookstore, said: "Warisan KL will enhance spaces like Riwayat Bookstore and give it the opportunity to thrive within the historic core of Kuala Lumpur. Through literature and storytelling, we are reclaiming and renewing narratives that are essential to our national identity. By celebrating the written word, Warisan KL strengthens the city’s role as a place where heritage, culture and imagination converge."
Warisan KL is more than a restoration project - it is a collective national mission to reimagine Kuala Lumpur as a city that embodies the soul of the nation. With a holistic approach involving all layers of society, Warisan KL marks an important step forward in realising the vision of Malaysia MADANI, where development is not only measured by material gains, but by meaning, sense of belonging and the shared future we build together.