Pertandingan K2K Idol Menjemput Orang Ramai Meraikan Silaturahim dan Bakat Muzik Warga Perumahan Awam
Pertandingan K2K Idol Menjemput Orang Ramai Meraikan Silaturahim dan Bakat Muzik Warga Perumahan Awam

Date: Sat, 10 August 2024
Location: Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2024 – Orang ramai dijemput untuk meraikan 10 finalis berkarisma daripada 10 kawasan perumahan awam di Lembah Klang yang akan bersaing untuk menjadi juara di pertandingan nyanyian K2K Idol, Sabtu, 17 Ogos 2024 di Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak. Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Diterajui oleh Think City dan Persatuan Karyawan Malaysia di bawah Program Kita-untuk-Kita (K2K), sebuah inisiatif Belanjawan Negara oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pertandingan K2K Idol ini dianjurkan khas untuk warga perumahan awam. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kekitaan melalui seni dan muzik, sambil mencungkil bakat-bakat muzik baharu dalam kalangan komuniti perumahan awam.

Pertandingan ini dimulakan pada peringkat perumahan awam, di mana 100 daripada 817 peserta yang dipilih melalui sesi uji bakat dan telah diberi latihan vokal serta pementoran daripada 10 artis terkemuka seperti Andy (Flop Poppy), Dato’ Ito (Blues Gang), Ezlynn, Haiza Hanafi, Lan Solo, Mawi, Noorshila Amin, Yusni Hamid, Zur Eda dan Allahyarham Jay Jay (digantikan dengan Radhi Khaled). 10 finalis utama telah dipilih daripada 100 peserta melalui pertandingan akhir pada peringkat perumahan awam.

Pengarah Urusan Think City, Dato’ Hamdan Abdul Majeed, berkata, “K2K dibentuk untuk memperkasa pembangunan sosial dan kapasiti warga perumahawan awam dalam menangani cabaran daya huni. Perpaduan komuniti menjadi asas penting dalam mencapai kesejahteraan dan kelestarian perumahan awam. Program ini bukan sahaja bertujuan menyatukan komuniti perumahan awam, tetapi juga menyediakan platform untuk mengasah bakat, memperkukuh jatidiri, dan memupuk semangat kebersamaan dalam suasana kompetitif yang positif, dan bermasyarakat.”

“Saya teruja melihat hasil daripada program ini apabila ahli-ahli perumahan awam datang bersama, saling berkenalan dan melibatkan diri secara aktif, sekaligus meningkatkan keyakinan diri dan semangat kekitaan melalui pertandingan menyanyi K2K Idol,” tambah beliau.

Acara kemuncak K2K Idol pada 17 Ogos ini, yang turut disokong oleh MyCreative Ventures, akan menampilkan 10 finalis terbaik yang dikenalpasti untuk merebut gelaran juara K2K Idol dan membawa pulang hadiah wang tunai utama berjumlah RM10,000 beserta trofi, manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga juga akan membawa pulang ganjaran tunai serta hadiah- hadiah lain untuk pemenang sagu hati. Selain itu, acara kemuncak ini juga menjanjikan persembahan menarik dan penuh aksi daripada artis-artis tanah air selaku mentor kepada peserta.



Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
GRANTS & ACTIVITIES
Fuel innovation and make an impact with a grant
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2