LEMBAH SUBANG, 13 February 2025 – In a powerful demonstration of Madani in action, Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim visited PPR Lembah Subang 1 today, where residents have transformed shared spaces through Think City’s Kita-Untuk-Kita (K2K) Programme. This initiative has redefined public housing not just through physical improvements but by rebuilding community support, implementing participatory regeneration, and nurturing local leadership—transforming social capital into a valuable social asset for long-term resilience and progress.
Through Think City’s support, residents have taken an active role in revitalising their surroundings, proving that sustainable change flourishes when it comes from within. The structured K2K framework empowers communities to shape their environments, directly advancing the government's Madani Economy Framework by reducing economic inequity, enhancing quality of life, and fostering sustainable urban renewal.
Think City has been the backbone of these PPR communities, working closely with residents to rebuild community bonds, drive regeneration through active participation, and nurture local leadership that positively influences housing dynamics–an approach often missing in today’s public housing landscape.
Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City, remarked, "Our journey in public housing began in George Town in 2010, where we partnered with local communities and authorities to revitalise shared spaces through our community-led initiative. This early work empowered residents to take charge of their environment, proving that even small, resident-led actions can yield significant improvements—a true demonstration of the 'Power of Small.' Building on these successes, we expanded our model to Kuala Lumpur, tailoring our approach to the unique needs of the capital's public housing communities. At Think City, sustainable change is not just about upgrading spaces; it is about strengthening the social fabric that sustains them.”
At PPR Lembah Subang 1, residents have transformed their communal spaces by revitalising lift lobbies and corridors through vibrant, collaborative beautification projects. These efforts have not only showcased the power of local stewardship but have also resonated far beyond the community—garnering millions of digital views and widespread applause. The reimagined lift lobbies have evolved into dynamic hubs where neighbours and children learn together and even celebrate milestones like khatam Quran, reflecting a shift from purely functional spaces to centres of positive social activity. Similar successes at PPR Kampung Baru Hicom further highlight how strategic investments in social assets can drive profound and lasting change.
Isham Romli, a representative of FORKOM, shared her experiences, “For a long time, many of us felt that change was beyond our reach, where we had grown used to the daily challenges without realising the power we had as a community. Through the K2K programme, we have discovered that when we come together, we can reshape not just our surroundings but also the way we see ourselves and our potential. The transformation of our public spaces has given us renewed hope and pride in our community. If we can achieve this, there’s no limit to what we can do next,” she added.
Since its inception, K2K has positively impacted over 12,000 residents across 10 designated PPRs, fostering active engagement and empowering communities to shape their own futures. Through 731 community empowerment activities, including skills training, capacity-building programmes, and grassroots leadership initiatives, residents have taken ownership of their living spaces. The establishment of FORKOM across 10 PPRs in Kuala Lumpur and Selangor has provided structured platforms for residents to voice concerns and drive local improvements. Additionally, 39 community-led enhancement projects, ranging from public safety measures to environmental upgrades, demonstrate the tangible impact of collaborative urban renewal. These milestones affirm K2K as a replicable model for sustainable, community-driven transformation, directly aligning with the Madani vision of inclusive city-making.
In recognition of the residents’ efforts, the Prime Minister has approved RM1.2 million to accelerate essential repairs at PPR Lembah Subang 1, with a particular focus on restoring non-functioning lifts. Additionally, he announced that all residential blocks will receive a fresh coat of paint ahead of the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations, reinforcing the government’s commitment to improving the living environment for all.
As cities worldwide compete to become more liveable and inclusive, the K2K programme serves as a blueprint for people-centred urban renewal, demonstrating that a community-first approach is key to sustaining a thriving Madani society.
For more information about the K2K programme, visit thinkcity.com.my or kita2k.com.
--END--
LEMBAH SUBANG, 13 Februari 2025 – Dalam satu demonstrasi berkesan konsep Madani, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengunjungi PPR Lembah Subang 1, di mana penduduk telah mengubah ruang bersama menerusi Program Kita-Untuk-Kita (K2K) anjuran Think City. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perumahan awam secara fizikal, tetapi juga membina semula sokongan komuniti, melaksanakan pemulihan secara inklusif, dan memupuk kepimpinan tempatan—menjadikan modal sosial sebagai aset berharga untuk ketahanan dan kemajuan jangka panjang.
Dengan sokongan Think City, penduduk memainkan peranan aktif dalam memperbaharui persekitaran mereka, membuktikan bahawa perubahan mampan berkembang apabila ia bermula dari dalam komuniti itu sendiri. Kerangka K2K yang tersusun memperkasakan komuniti untuk membentuk persekitaran mereka, selaras dengan rangka kerja Ekonomi Madani kerajaan dengan mengurangkan ketidaksamaan ekonomi, meningkatkan kualiti hidup, dan menyokong pembaharuan bandar yang mampan.
Think City menjadi tulang belakang komuniti PPR ini, bekerjasama rapat dengan penduduk untuk membina semula hubungan komuniti, mendorong pemulihan menerusi penyertaan aktif, serta memupuk kepimpinan tempatan yang memberi kesan positif kepada dinamika perumahan— pendekatan yang sering hilang dalam landskap perumahan awam masa kini.
Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City, berkata, “Perjalanan kami dalam perumahan awam bermula di George Town pada tahun 2010, di mana kami bekerjasama dengan komuniti tempatan dan pihak berkuasa untuk menghidupkan semula ruang bersama menerusi inisiatif yang dipimpin komuniti. Usaha awal ini memperkasakan penduduk untuk mengambil tanggungjawab ke atas persekitaran mereka, membuktikan bahawa walaupun tindakan kecil yang dipimpin penduduk dapat membawa perubahan yang besar—satu manifestasi sebenar 'Kuasa Perubahan Kecil'. Berlandaskan kejayaan ini, kami memperluas model kami ke Kuala Lumpur, menyesuaikan pendekatan kami dengan keperluan unik komuniti perumahan awam di ibu negara. Di Think City, perubahan mampan bukan hanya tentang menaik taraf ruang, tetapi juga memperkukuh jaringan sosial yang menyokongnya.”
Di PPR Lembah Subang 1, penduduk telah mengubah ruang bersama mereka dengan mencantikkan lobi lif dan koridor menerusi projek hiasan kolaboratif yang berwarna-warni. Usaha ini bukan sahaja membuktikan kuasa kepimpinan tempatan tetapi juga mendapat perhatian meluas—meraih jutaan tontonan digital dan pujian ramai. Lobi lif yang diperbaharui kini menjadi pusat aktiviti sosial yang positif, di mana jiran dan kanak-kanak belajar bersama dan meraikan detik bermakna seperti khatam al-Quran. Kejayaan serupa di PPR Kampung Baru Hicom turut membuktikan bagaimana pelaburan strategik dalam aset sosial mampu mencetus perubahan yang mendalam dan berkekalan.
Isham Romli, wakil FORKOM, berkongsi pengalamannya, “Untuk sekian lama, ramai di antara kami merasakan perubahan di luar jangkauan, kerana kami terbiasa dengan cabaran harian tanpa menyedari kuasa yang kami miliki sebagai satu komuniti. Menerusi program K2K, kami sedar bahawa apabila kita bersatu, kita bukan sahaja dapat mengubah persekitaran kita tetapi juga cara kita melihat diri dan potensi kita.
Transformasi ruang awam ini telah memberi kami harapan baharu dan kebanggaan dalam komuniti kami. Jika kami boleh mencapai ini, tiada had untuk apa yang boleh kami lakukan seterusnya,” tambahnya.
Sejak diperkenalkan, K2K telah memberi manfaat kepada lebih 12,000 penduduk di 10 PPR yang terpilih, menggalakkan penglibatan aktif dan memperkasakan komuniti untuk membentuk masa depan mereka sendiri. Dengan 731 aktiviti pemerkasaan komuniti, termasuk latihan kemahiran, program peningkatan kapasiti, dan inisiatif kepimpinan akar umbi, penduduk telah mengambil tanggungjawab terhadap ruang kediaman mereka. Penubuhan FORKOM di 10 PPR di Kuala Lumpur dan Selangor telah menyediakan platform terstruktur untuk penduduk menyuarakan keprihatinan dan mendorong penambahbaikan setempat. Selain itu, 39 projek penambahbaikan yang diketuai komuniti, meliputi aspek keselamatan awam hingga peningkatan persekitaran, membuktikan kesan nyata pembaharuan bandar secara kolaboratif. Pencapaian ini mengukuhkan K2K sebagai model yang boleh diterapkan untuk transformasi mampan yang dipacu komuniti, selaras dengan visi Madani dalam pembentukan bandar inklusif.
Sebagai penghargaan terhadap usaha penduduk, Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan RM1.2 juta untuk mempercepatkan pembaikan penting di PPR Lembah Subang 1, dengan tumpuan khusus kepada pemulihan lif yang tidak berfungsi. Selain itu, beliau mengumumkan bahawa semua blok kediaman akan dicat semula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, memperkukuhkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan persekitaran kehidupan untuk semua.
Ketika bandar-bandar di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menjadi lebih lestari dan inklusif, program K2K menjadi contoh kepada pembaharuan bandar yang berpusatkan komuniti, membuktikan bahawa pendekatan yang mengutamakan masyarakat adalah kunci dalam mengekalkan masyarakat Madani yang dinamik.
Untuk maklumat lanjut mengenai program K2K, layari thinkcity.com.my atau kita2k.com.
- TAMAT –