PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: TEROWONG PEJALAN KAKI JALAN SUNGAI UJONG KINI BERWAJAH BAHARU
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: TEROWONG PEJALAN KAKI JALAN SUNGAI UJONG KINI BERWAJAH BAHARU

Date: Fri, 23 August 2024
Location: Seremban


Seremban, 23 OGOS 2024 –Terowong Pejalan Kaki Jalan Sungai Ujong di Seremban kini telah dibuka semula selepas menjalani kerja-kerja naik taraf dan pemulihan. Terowong yang dibina pada tahun 2008 ini memainkan peranan penting dalam menghubungkan laluan pejalan kaki antara stesen keretapi dan stesen bas Seremban.

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, merasmikan majlis pembukaan semula terowong tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya menjaga kemudahan awam dan menyeru masyarakat setempat untuk menggunakan terowong ini dengan baik. Beliau juga berharap usaha seumpama ini dapat diteruskan di lokasi-lokasi lain bagi memberi impak positif kepada kemudahan awam.

Projek naik taraf ini merupakan hasil kerjasama antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan Think City. Kerja-kerja pemulihan termasuk pemasangan arca seni, penambahbaikan papan tanda, dan memperkenalkan elemen-elemen interaktif yang memaparkan warisan sejarah Seremban.

Pengarah Urusan Think City, YBhg. Dato’ Hamdan Abdul Majeed, menyatakan bahawa projek ini bukan sahaja memperbaiki kemudahan pejalan kaki, tetapi juga memperkayakan pengalaman pengguna melalui integrasi seni dan sejarah. Beliau juga menyebut bahawa projek ini akan menjadi daya tarikan baru bagi bandar Seremban dan meningkatkan identiti bandar tersebut.

Terowong ini diharap akan memberi keselesaan kepada pengguna dan menggalakkan mereka untuk lebih menghargai warisan budaya tempatan. Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif strategik untuk mempertingkatkan daya tarikan dan aksesibiliti di bandar Seremban.



Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
GRANTS & ACTIVITIES
Fuel innovation and make an impact with a grant
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
ABOUT
Learn about the story and people behind Think City
Ooops!
Generic Popup2