Date: 20 November 2025 (Thursday)
Location: Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 18 November 2025 - Creative leaders from across Southeast Asia have renewed the Southeast Asian Creative Cities Network (SEACCN) Memorandum of Understanding (MoU), reinforcing a stronger, unified regional commitment to advance creativity-led urban development and boost Southeast Asia’s global competitiveness.
Hosted by Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Think City and officiated by the Secretary General of the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, the Nov 15 signing brought together four national level organisations that advocate and drive their cities’ creative economy agendas.
The signatories were Malaysia’s Think City (represented by Managing Director, YBhg. Dato' Hamdan Abdul Majeed), Thailand’s Creative Economy Agency (Senior Specialist, Ms. Montinee Yongvikul), Indonesia Creative Cities Network (Executive Committee, Ms Dwinita Larasati), and the Creative Economy Council of the Philippines (President & Founder, Mr Paolo Mercado).
The renewal comes at a time of rising momentum for the region, reflected in Kuala Lumpur’s recent designation as a UNESCO Creative City of Design.
In his launching address, Shaharuddin described the renewed MoU as a meaningful step forward for South-East Asia’s creative ecosystem.
“In Malaysia, culture and creativity have long been central to our national identity. From the richness of our tradition to the vibrancy of our creative industry, these sectors have shaped how we see ourselves, how we express who we are and how we connect with the rest of the world,” he said.
Hamdan echoed the importance of unified regional action, noting that Southeast Asian cities face similar urban and social challenges and stand to gain significantly from deeper collaboration. He noted that cities across the region are rediscovering the power of culture and creativity, not just as soft assets but as strategic drivers of regeneration, identity and resilience.
“Here in Kuala Lumpur, the Warisan Kuala Lumpur initiative, launched by Prime Minister YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, is reigniting interest in our historical and cultural heart. It’s in this context that we warmly congratulate Kuala Lumpur on its recent designation as a UNESCO Creative City of Design,” he said.
The renewed MoU sets out a shared mission for Southeast Asian cities that recognise creativity as a driver of sustainability and community well-being. It focuses on placing culture and creativity at the centre of urban regeneration and economic development, strengthening the creation and exchange of cultural content, nurturing ecosystems that elevate creative talent, promoting wider access to culture and embedding creativity within city and regional policies.
To achieve this, SEACCN will concentrate on six key action areas: knowledge exchange; joint regional projects; exchanges involving artists, academics and policymakers; research and evaluation; policy support; and public awareness.
The MoU aims to expand membership to include more cities – especially those aspiring to develop creativity-driven urban agendas and welcomes partners across sectors who share an interest in cultural and creative development.
Thailand's Montinee Yongvikul said the renewal of the MoU was timely as there is growing acceptance from governments in the region on the importance of the creative economy.
"This MoU will further enhance collaboration to elevate culture, design and creativity as drivers of prosperity," she said.
The Philippines' Paolo Mercado concurred. "We are a region of more than 600 million people, yet we have not fully unlocked our collaborative strength. Southeast Asia’s creative scene has long been a hidden gem," he said.
Meanwhile, illustrating how local wins potentially feed into regional progress, Dwinita Larasati shared the Indonesian experience in ensuring creative cities thrive. “In Bandung, the non-governmental organisations (NGOs), academia and creative practitioners successfully pushed to get the Creative Economy Bill passed. That was a win as it set a legal baseline for the creative economy,” she said.
Founded in 2014, SEACCN started off as a regional platform for cities in the region to collaborate at a time when the creative economy was not yet widely recognised as part of national development. Over the past decade, cities in the network have shared best practices, co-hosted festivals and design weeks and introduced creative urbanism programmes that addressed local social, economic and environmental needs.
Today, with more Southeast Asian governments embracing creativity as a driver of growth, the renewed MoU positions the region to move forward with stronger alignment, deeper cooperation and a unified voice on the global stage.
--END--
BANDAR-BANDAR KREATIF ASIA TENGGARA PERKUKUH HUBUNGAN MELALUI PEMBAHARUAN MOU SERANTAU DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 18 November 2025 - Para penggiat utama kreatif dari Asia Tenggara telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) Rangkaian Bandar Kreatif Asia Tenggara (SEACCN), sekali gus mengukuhkan komitmen serantau untuk memacu pembangunan bandar berasaskan kreativiti serta meningkatkan daya saing Asia Tenggara di persada global.
Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Think City serta disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, pada 15 November itu menghimpunkan empat organisasi peringkat nasional yang menerajui agenda ekonomi kreatif bandar masing-masing.
Pihak yang menandatangani perjanjian terdiri daripada Think City (yang diwakili oleh Pengarah Urusan, YBhg. Dato' Hamdan Abdul Majeed), Creative Economy Agency Thailand (Pakar Kanan, Montinee Yongvikul), Indonesia Creative Cities Network (Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Dwinita Larasati), serta Creative Economy Council of the Philippines (Presiden merangkap Pengasas, Paolo Mercado).
Pembaharuan ini dimeterai ketika momentum serantau semakin meningkat, seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO baru-baru ini.
Dalam ucapan pelancaran, Shaharuddin menyifatkan pembaharuan MoU ini sebagai langkah penting bagi mengukuhkan ekosistem kreatif Asia Tenggara.
“Di Malaysia, budaya dan kreativiti telah lama menjadi teras kepada identiti negara. Daripada kekayaan tradisi hinggalah kepesatan industri kreatif, sektor-sektor ini membentuk cara kita melihat diri sendiri, cara kita menzahirkan siapa kita dan cara kita menjalinkan hubungan dengan dunia,” katanya.
Hamdan juga turut menekankan pentingnya kerjasama serantau yang bersepadu, memandangkan banyak bandar-bandar di Asia Tenggara berdepan cabaran urbanisasi dan sosial yang serupa, serta berpotensi meraih manfaat besar melalui kerjasama yang lebih mendalam. Beliau menambah bahawa bandar-bandar di rantau ini kini lebih menyedari pentingnya budaya dan kreativiti, bukan sekadar “aset bukan fizikal” (soft asset) tetapi sebagai pemacu strategik untuk pemulihan semula, pembentukan identiti dan membina daya tahan.
“Di Kuala Lumpur, inisiatif Warisan Kuala Lumpur yang dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghidupkan semula minat terhadap pusat sejarah dan budaya kita. Dalam konteks ini, kami merakamkan ucapan tahniah kepada Kuala Lumpur atas pengiktirafannya baru-baru ini sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO,” katanya.
MoU yang diperbaharui ini menetapkan misi bersama untuk bandar-bandar Asia Tenggara yang mengiktiraf kreativiti sebagai pemacu kelestarian dan kesejahteraan komuniti. Ia memberi tumpuan kepada usaha menempatkan budaya dan kreativiti sebagai nadi pemulihan bandar serta pembangunan ekonomi, memperkukuh penghasilan dan pertukaran kandungan budaya, memupuk ekosistem yang mengangkat bakat kreatif, menggalakkan akses yang lebih meluas kepada budaya dan mengarusperdanakan kreativiti dalam dasar bandar dan dasar serantau.
Bagi mencapai matlamat ini, SEACCN akan memberi tumpuan kepada enam bidang tindakan utama iaitu pertukaran ilmu; pelaksanaan projek serantau bersama; program pertukaran melibatkan para artis, akademik dan pembuat dasar; penyelidikan serta penilaian’ sokongan dasar dan peningkatan kesedaran awam.
MoU ini turut menyasarkan peluasan keahlian untuk merangkumi lebih banyak bandar, khususnya yang beraspirasi membangunkan agenda urbanisasi berasaskan kreativiti, di samping mengalu-alukan penyertaan rakan kolaborasi merentas pelbagai sektor berkepentingan dalam pembangunan budaya dan kreatif.
Montinee Yongvikul dari Thailand menyatakan bahawa pembaharuan MoU ini amat tepat pada masanya memandangkan kerajaan di rantau ini semakin mengiktiraf kepentingan ekonomi kreatif.
“MoU ini akan terus memperkukuh kerjasama bagi mengangkat budaya, reka bentuk dan kreativiti sebagai pemacu kemakmuran,” katanya.
Pendapat ini turut dipersetujui Paolo Mercado dari Filipina. “Rantau ini mempunyai lebih daripada 600 juta penduduk, namun kita masih belum benar-benar memanfaatkan kekuatan kerjasama kita. Landskap kreatif Asia Tenggara telah lama mempunyai potensi besar yang belum diketengahkan,” katanya.
Sementara itu, sebagai ilustrasi bagaimana kejayaan di peringkat tempatan berpotensi menyumbang kepada kemajuan serantau, Dwinita Larasati berkongsi pengalaman Indonesia dalam memastikan bandar kreatif terus berkembang. “Di Bandung, pertubuhan bukan kerajaan, akademia dan penggiat kreatif telah berjaya menggerakan usaha untuk memastikan Rang Undang-undang Ekonomi Kreatif diluluskan. Itu merupakan satu kejayaan kerana ia mewujudkan asas perundangan bagi ekonomi kreatif,” katanya.
Ditubuhkan pada tahun 2014, SEACCN bermula sebagai sebuah platform serantau untuk bandar-bandar di Asia Tenggara bekerjasama pada ketika ekonomi kreatif belum diiktiraf secara meluas dalam agenda pembangunan nasional. Sepanjang sedekad lalu, bandar dalam rangkaian ini telah berkongsi amalan terbaik, menganjurkan festival serta minggu reka bentuk bersama dan memperkenalkan program urbanisme kreatif yang menangani keperluan sosial, ekonomi dan alam sekitar setempat.
Kini, tatkala semakin banyak kerajaan di Asia Tenggara mengiktiraf kreativiti sebagai pemacu pertumbuhan, MoU yang diperbaharui ini memperkukuhkan kedudukan rantau ini untuk bergerak maju dengan penyelarasan lebih mantap, kerjasama yang lebih mendalam dan suara serantau yang lebih padu di pentas dunia.
--TAMAT--