Date: 12 October 2026 (Monday)
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
KUALA LUMPUR, 12 October 2026 – Think City welcomes Budget 2027, tabled by YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Prime Minister and Minister of Finance. , “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, connects Malaysia’s ambitions for growth with the people, places and identity that sustain its progress. The Budget’s emphasis on heritage regeneration, connectivity, public spaces, community livelihoods and climate resilience demonstrates the Government’s commitment to ensuring that national development benefits people in their everyday lives.
“Budget 2027 reflects the nation’s determination to reach higher while remaining rooted in its people and places,” said Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City.
“Cities are where the ambitions of Ekonomi MADANI converge. Raising the ceiling calls for productive, connected and innovative urban economies that create opportunities for businesses and workers. Raising the floor means making it easier for people to access housing, transport, essential services and welcoming public spaces. The ambition is national, and the proof of it is local.
“Think City is committed to supporting these national priorities by working with the Government, public agencies, businesses and communities to translate investment into stronger local economies, more resilient neighbourhoods and better everyday lives. Putting people at the heart of city-making helps create places where livelihoods can flourish, heritage remains meaningful and people feel connected and belong.”
The continued commitment to Warisan KL, alongside support for film, music, local creative content, cultural events, traditional crafts and entertainment duty exemptions for eligible local film and theatre performances in the Federal Territories can strengthen the creative and cultural economy. Pedestrian connections, public transport and accessible public spaces can widen access to jobs, services and cultural life. Skills development, enterprise support and shared facilities in PPR neighbourhoods offer pathways to stronger household livelihoods, while flood mitigation and climate investment help safeguard communities and the economic activity.
Think City’s integrated approach to place-based regeneration brings these dimensions together around the needs of each place. Drawing on experience in Downtown Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru, Kuala Kangsar, Lenggong and more, we contribute technical expertise, local knowledge and partnerships that connect physical improvements with economic opportunity, cultural vitality and community resilience.
These priorities are consistent with Sustainable Development Goal 11 and the New Urban Agenda, particularly their emphasis on accessible, inclusive, resilient and sustainable places. Think City will continue to support coordinated delivery, and community participation so that improvements respond to local needs and can be sustained over time.
Working with Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Hasanah, government agencies, local authorities, businesses and residents, Think City looks forward to contributing to the Government’s vision for national progress and making cities liveable together.
- END –
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2026 – Think City menyambut baik Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Tema belanjawan ini, “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, menyatukan hasrat pertumbuhan Malaysia dengan rakyat, tempat dan identiti yang mendasari kemajuannya. Penekanan Belanjawan terhadap penjanaan semula warisan, keterhubungan, ruang awam, penjanaan pendapatan komuniti dan daya tahan iklim menterjemahkan komitmen Kerajaan untuk memastikan pembangunan negara membawa manfaat nyata dalam kehidupan seharian rakyat.
“Belanjawan 2027 mencerminkan tekad negara untuk menggapai kejayaan yang lebih tinggi sambil kekal mengakar pada rakyat dan tempatnya,” kata Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City.
“Bandar merupakan titik pertemuan dua matlamat utama Ekonomi MADANI. Usaha 'menaikkan siling' menuntut ekonomi bandar yang produktif, terhubung dan inovatif bagi membuka peluang kepada perniagaan dan tenaga kerja. Usaha 'menaikkan lantai' pula bermaksud mempermudah akses rakyat kepada perumahan, pengangkutan, perkhidmatan asas serta ruang awam yang mesra rakyat. Hasrat ini bersifat nasional, namun buktinya terletak di peringkat setempat.
“Think City bertekad dalam menyokong keutamaan nasional ini menerusi kerjasama dengan Kerajaan, agensi awam, sektor perniagaan dan komuniti bagi memanfaatkan pelaburan demi membina ekonomi tempatan yang lebih kukuh, kejiranan yang lebih berdaya tahan dan kehidupan harian yang lebih baik. Meletakkan rakyat sebagai teras pembangunan bandar membantu mewujudkan tempat yang membolehkan penjanaan pendapatan berkembang, warisan kekal bermakna dan rakyat berasa terhubung serta mempunyai rasa kekitaan.”
Komitmen berterusan terhadap Warisan KL, bersama sokongan terhadap filem, muzik, kandungan kreatif tempatan, acara kebudayaan, kraf tradisional serta pengecualian duti hiburan bagi persembahan filem dan teater tempatan yang layak di Wilayah Persekutuan, berupaya mengukuhkan ekonomi kreatif dan kebudayaan. Laluan pejalan kaki, pengangkutan awam dan ruang awam yang mudah diakses dapat meluaskan lagi capaian kepada peluang pekerjaan, perkhidmatan serta aktiviti kebudayaan. Pembangunan kemahiran, sokongan keusahawanan dan kemudahan komuniti di kawasan PPR (Projek Perumahan Rakyat) membuka peluang yang lebih besar untuk memperkasakan taraf hidup isi rumah, manakala tebatan banjir serta pelaburan iklim membantu melindungi komuniti dan kegiatan ekonomi.
Pendekatan bersepadu Think City terhadap penjanaan semula berasaskan tempat menyatukan pelbagai aspek ini mengikut keperluan khusus setiap tempat. Menerusi pengalaman di Pusat Kota Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru, Kuala Kangsar, Lenggong dan pelbagai lokasi lain, kami menyumbang kepakaran teknikal, pengetahuan tempatan serta jaringan kerjasama yang menghubungkan penambahbaikan fizikal dengan peluang ekonomi, kerancakan budaya dan daya tahan komuniti.
Keutamaan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 11 (SDG 11) dan Agenda Perbandaran Baharu (New Urban Agenda), terutamanya penekanan terhadap pembentukan kawasan yang mudah diakses, inklusif, berdaya tahan dan mampan. Think City akan terus menyokong pelaksanaan yang diselaraskan serta penyertaan komuniti agar setiap penambahbaikan memenuhi keperluan setempat dan dapat dikekalkan dalam jangka panjang.
Dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Hasanah, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, komuniti perniagaan dan penduduk setempat, Think City akan terus menyumbang kepada visi Kerajaan ke arah kemajuan negara serta bersama membentuk bandar berdaya huni.
- TAMAT –