Projek ini merupakan kerjasama bersama The Habitat Foundation. Mereka membimbing belia-belia terpilih untuk merakam kisah dan naratif melalui fotografi dan etnografi kedua-dua Bukit Maxwell dan Bukit Bendera untuk laman sesawangA Tale of Two Hills. Inisiatif ini bagi meningkatkan kesedaran, sekaligus memberi penghargaan kepada kedua-dua bukit tersebut, menyediakan peluang untuk dialog dan perkongsian diantara dua komuniti. (Rakan Usahasama: The Habitat Foundation)
Nota: Beberapa projek terpilih yang dipaparkan adalah untuk membentangkan inisiatif yang pelbagai dan menyerlahkan jaringan yang menghubungkan aset arkeologi, semulajadi dan budaya yang unik di wilayah utara. Bagi senarai penuh semua penerima geran dan rakan usahasama, rujuk senarai penuh.