‘From Roof To Resilience’ Highlights Malaysia's Community-Led Approach To Public Housing At World Urban Forum 13
‘From Roof To Resilience’ Highlights Malaysia's Community-Led Approach To Public Housing At World Urban Forum 13

Date: 18 May 2026
Location: Baku, Azerbaijan

BAKU, AZERBAIJAN, 18 May 2026: YB Nga Kor Ming, Minister of Housing and Local Government Malaysia, launched the “From Roof to Resilience: A Social Assessment of Malaysia’s Public Housing” publication today on the sidelines of the 13th session of the World Urban Forum (WUF13). YB Nga, who is also the President of United Nations Habitat Assembly, fully supports the participatory process as a basis for sustainable urbanisation. Published by Think City, the book highlights how stronger resident participation, local leadership and community stewardship creates liveable, resilient and sustainable public housing. 

In line with the theme “Housing the World: Safe and Resilient Cities and Communities”, WUF13 places housing at the centre of the global urban liveability agenda. Malaysia’s participation is particularly significant as the country advances people centred urban solutions that connect housing, community wellbeing and city resilience. In this context, the launch brings Malaysia’s public housing experience to an international platform at a time when cities are seeking more integrated approaches to housing, liveability and resilience. 

Malaysia’s public housing journey has been central to the country’s urban development story. As Malaysia urbanised from less than 30% in 1970 to more than 75% today, public housing has provided more than 3 million Malaysians with structured homes and basic amenities, supporting the transition away from widespread informal settlements. Drawing from a social assessment of 2,884 households across 10 public housing sites in the Klang Valley, the publication examines challenges related to liveability, safety, management, social cohesion and upward mobility within public housing communities. 

The publication underscores that public housing must be understood not only as built infrastructure, but as a living social ecosystem shaped by residents, shared spaces, governance, services and management systems. It points to a more integrated approach, where investments in better homes, facilities, safety and maintenance are strengthened by the social infrastructure of resident participation, trust, local leadership and shared responsibility. 

YB Nga said the key insights from the publication reflects the important transition needed to ensure Malaysia’s public housing remains liveable, inclusive and sustainable for future generations. “Malaysia’s public housing must continue to evolve with the needs of our people and our cities. Better homes, facilities and infrastructure must be matched by the social infrastructure of strong communities, responsive systems and shared responsibility. This is how physical improvements can translate into lasting resilience, wellbeing and community life.” 

Think City’s Kita-Untuk-Kita (K2K) programme, a Ministry of Finance-funded community empowerment initiative launched in 2023 by Malaysia’s Prime Minister YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim to strengthen resident participation neighbourhood stewardship across public housing communities in the Klang Valley. To date, K2K has reached more than 30,000 residents, across 10 sites through resident-led Forum Komuniti (FORKOM) platforms, enabled 32 community-based organisations, and supported more than 50 community grants projects. Communities in all 10 sites have implemented more than 220 physical improvement projects that have enhanced social spaces and strengthened social cohesion. 

Think City’s work in public housing builds on its 15-year journey in urban regeneration, resilience and community-based development across Malaysian cities. Think City has consistently focused on the relationship between people, place and systems. Public housing is one of the most important frontlines of urban transformation, where the quality of city life is most directly experienced, and where infrastructure, governance and community capability must come together to shape better outcomes. 

“At Think City, we believe that the measure of a city is found in how well it supports the everyday lives of its people. Public housing is central to this because it carries the aspirations, pressures and potential of thousands of urban families. Through K2K, we have seen that residents can become active agents of change when the right support systems are in place,” said YBhg. Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City. 

“Public housing is ultimately about people, dignity and opportunity. As cities around the world rethink liveability and resilience, Malaysia’s experience shows that lasting urban transformation must be built not only through physical development, but through stronger communities and shared ownership of place,” added Dato’ Hamdan. 

As cities worldwide confront rising housing pressures and urban inequality, From Roof to Resilience positions community participation and shared stewardship as essential components of long-term public housing resilience. The publication also reinforces Malaysia’s broader urban agenda under Ekonomi MADANI and the 13th Malaysia Plan to build more inclusive, people-centred and resilient cities. 

To download ‘From Roof to Resilience’, visit thinkcity.com.my.


--END--

BAKU, AZERBAIJAN, 18 May 2026: YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, telah melancarkan penerbitan From Roof to Resilience: A Social Assessment of Malaysia's Public Housing hari ini sempena sesi ke-13 Forum Bandar Sedunia (WUF13). YB Nga, yang turut menjawat jawatan Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNHA), menyokong sepenuhnya proses penyertaan komuniti sebagai asas kepada perbandaran yang mampan. Diterbitkan oleh Think City, penerbitan ini menekankan bagaimana penyertaan penduduk yang lebih aktif dengan kepimpinan tempatan dan pengurusan komuniti bersama dapat membina perumahan awam yang layak didiami, berdaya huni dan mampan.

Selari dengan tema "Housing the World: Safe and Resilient Cities and Communities", WUF13 menjadikan perumahan sebagai fokus utama agenda pembangunan bandar mampan di peringkat global. Penglibatan Malaysia amat bermakna memandangkan negara terus memajukan penyelesaian bandar berpusatkan rakyat yang merangkumi perumahan, kesejahteraan komuniti dan bandar yang mampan. Dalam konteks ini, pelancaran penerbitan ini membawa pengalaman perumahan awam Malaysia ke pentas antarabangsa, ketika negara-negara di seluruh dunia sedang mencari pendekatan yang lebih menyeluruh dalam pembangunan bandar yang mampan.

Perumahan awam memainkan peranan penting dalam perjalanan pembangunan bandar di Malaysia. Seiring dengan peningkatan kadar urbanisasi negara daripada kurang 30% pada tahun 1970 kepada lebih 75% hari ini, perumahan awam telah memberikan lebih tiga juta rakyat Malaysia kediaman yang tersusun dengan kemudahan asas, sekali gus menyokong peralihan daripada penempatan setinggan yang meluas. Berdasarkan penilaian sosial terhadap 2,884 isi rumah di 10 kawasan perumahan awam di Lembah Klang, penerbitan ini meneliti cabaran yang berkaitan dengan daya huni, keselamatan, pengurusan, perpaduan sosial dan peningkatan taraf hidup penduduk ke arah kehidupan yang lebih baik.

Penerbitan ini menegaskan bahawa perumahan awam perlu dilihat bukan sekadar sebagai struktur binaan, tetapi sebagai satu ekosistem sosial yang dibentuk oleh penduduk, ruang yang dikongsi bersama, tadbir urus, perkhidmatan dan sistem pengurusan. Justeru, pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan, di mana pelaburan untuk pembinaan rumah, kemudahan, keselamatan dan penyelenggaraan yang lebih baik perlu disokong oleh infrastruktur sosial yang merangkumi penyertaan penduduk, kepercayaan, kepimpinan tempatan dan tanggungjawab bersama.

YB Nga berkata penemuan utama dalam penerbitan ini menggambarkan peralihan penting yang diperlukan bagi memastikan perumahan awam Malaysia kekal berdaya huni, inklusif dan mampan untuk generasi akan datang. "Perumahan awam Malaysia perlu terus berkembang mengikut keperluan rakyat dan bandar kita. Rumah, kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik mesti disertai dengan infrastruktur sosial yang terdiri daripada komuniti yang kukuh, sistem yang peka kepada keperluan rakyat dan tanggungjawab bersama. Inilah yang membolehkan penambahbaikan f izikal memberi impak yang berkekalan kepada kemapanan, kesejahteraan dan kehidupan komuniti."

Program Kita-Untuk-Kita (K2K) oleh Think City merupakan sebuah inisiatif pemerkasaan komuniti yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan. Program ini dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2023 bagi mengukuhkan penyertaan penduduk dan pengurusan kejiranan di kawasan perumahan awam di Lembah Klang. Sehingga kini, K2K telah menjangkau lebih 30,000 penduduk di 10 kawasan melalui platform Forum Komuniti (FORKOM) yang diterajui penduduk, menggerakkan 32 organisasi berasaskan komuniti serta menyokong lebih 50 projek geran komuniti. Komuniti di kesemua 10 kawasan ini telah melaksanakan lebih 220 projek penambahbaikan fizikal yang telah meningkatkan ruang sosial dan mengukuhkan perpaduan dikalangan komuniti.

Penglibatan Think City dalam perumahan awam dibina atas pengalaman 15 tahun dalam pemuliharaan dan pembangunan bandar yang mampan serta pembangunan berasaskan komuniti di seluruh Malaysia. Think City sentiasa meletakkan hubungan antara manusia, tempat dan sistem sebagai teras utama. Perumahan awam merupakan salah satu aspek terpenting dalam transformasi bandar, di mana kualiti kehidupan penduduk paling ketara dirasai, dan di mana infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan komuniti perlu bersatu untuk menghasilkan perubahan yang lebih baik.

"Di Think City, kami percaya bahawa kualiti sebuah bandar diukur melalui sejauh mana ia menyokong kehidupan seharian rakyatnya. Perumahan awam adalah inti kepada hal ini kerana ia merangkumi impian, tekanan dan potensi ribuan keluarga di bandar. Melalui K2K, kami telah menyaksikan bahawa penduduk boleh menjadi agen perubahan yang aktif apabila sistem sokongan yang betul disediakan," kata YBhg. Dato' Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City.

"Perumahan awam pada asasnya adalah tentang manusia, maruah dan peluang. Ketika bandarbandar di seluruh dunia menilai semula makna berdaya huni dan mampan, pengalaman Malaysia membuktikan bahawa transformasi bandar yang berkekalan tidak cukup dengan pembangunan f izikal sahaja. Ia perlu disokong oleh komuniti yang diperkasa dengan rasa tanggungjawab bersama terhadap tempat yang mereka diami," tambah Dato' Hamdan.

Ketika bandar-bandar di seluruh dunia berhadapan dengan tekanan perumahan dan jurang ketidaksamarataan yang semakin melebar, From Roof to Resilience menegaskan bahawa penyertaan komuniti dan pengurusan bersama adalah tunjang kepada kemapanan perumahan awam jangka panjang. Penerbitan ini juga menyokong agenda pembangunan bandar Malaysia di bawah Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia ke-13 dalam usaha membina bandar yang lebih inklusif, berpusatkan rakyat dan berdaya huni. 

Untuk maklumat lanjut, muat turun 'From Roof to Resilience' di thinkcity.com.my.

Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2026 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
Our Work
From urban policy advisory to urban projects. Learn more about the projects we have delivered.
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2