Date: 13 March 2026, Friday
Location: Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 13 MARCH 2026 – Kuala Lumpur’s historic core is about to come alive. From 6 to 31 May 2026, KL Festival (KL Fest) will transform Downtown Kuala Lumpur’s heritage buildings, streets and public spaces into an inclusive, largely free, and family-friendly celebration of art, culture and shared civic experiences. As the city’s flagship cultural platform, the KL Fest invites everyone to rediscover the city in new and unexpected ways.
Over 26 days, KL Fest unfolds across 25 venues, public spaces and streets, presenting over 80 events and more than 700 hours of programming. With 90% of its line-up free and open to the public, the festival makes the arts more accessible while fostering city-wide participation. Organised by Think City and Kuala Lumpur City Hall (DBKL), and supported by the Ministry of Finance and the Federal Territories Department (Prime Minister’s Department), KL Fest is held in conjunction with Visit Malaysia 2026, Warisan KL, and Kuala Lumpur’s designation as a UNESCO Creative City of Design. Through curated cultural activation and community-led programming, the KL Festival drives footfall, supports enterprise and strengthens civic pride.
Inspired by the theme Memory & Tomorrow, the 2026 edition explores how the stories we inherit shape the futures we imagine. Rooted in Malaysia’s rich heritage while actively engaging youth voices, the KL Fest bridges generations through a variety of programmes from reimagined wayang kulit, contemporary dance, immersive installations, theatre and outdoor film screenings, unfolding against the living backdrop of the city.
This year’s edition also presents several Malaysian and Asian premieres, presenting internationally touring works to local audiences for the first time. As part of its expanding network of cultural exchange, KL Fest positions Kuala Lumpur as a regional hub for contemporary artistic dialogue. Festival highlights include Fragments of Tuah by Mark Teh & Faiq Syazwan Kuhiri (from Malaysia/staged at ASWARA), Pending by January Low (Malaysia/at Chan She Shu Yuen Ancestral Hall), Origin of a Tale by Collectif Kahraba (Lebanon/at Rumah Tangsi), Chapter 2 by Pichet Klunchun (Thailand/at ASWARA), and Lessons of Silence by Agnes Christina (Indonesia/at The Godown Arts Centre).
Family-friendly, youth-focused and accessible programmes include:
• Siapa Cacat? – a disabled-led theatre production (GMBB)
• Jogeton – a mass joget celebration and competition (Dataran Merdeka)
• Irama Pusaka – a celebration of Malaysia’s musical heritage over three nights with Orkestra KL, Gangsapura, Lee Rubber Chinese Orchestra, a Classical Indian ensemble and master musician from Borneo (Auditorium Bandaraya)
• Warung Terang -- by Filamen, transforming laneways with light, projection and storytelling
• The Wayang Women -- an all-female ensemble reinterpreting wayang kulit with modern narratives and contemporary performance styles (Dataran Merdeka)
• A Film Weekend in collaboration with FINAS
• ASWARA Artskap -- workshops, open studios, and performances (ASWARA)
• Public Art Installations -- a collaboration with the KL Architecture Festival Competition
• Berkelah di Bawah Layar -- a picnic open-air cinema experience (Dataran Merdeka)
• Planet KL – family-friendly programme exploring otters, rivers and climate through fun and participative activities (River of Life)
• The Making of Merdeka Textile Museum: A Creative Journey (Stadium Merdeka Foyer)
Dato' Hamdan Abdul Majeed, Think City’s Managing Director said, “KL Fest demonstrates how culture can animate public spaces, and reconnect people with the city. More than a series of events, it reflects our belief that a liveable city is shaped not only by its buildings, but by how its people experience and animate those spaces together.”
June Tan, Artistic Director of KL Fest added, “The Festival invites us to look at Kuala Lumpur more closely – to notice the stories embedded in its streets, buildings and communities. Under the theme Memory & Tomorrow, we bring together artists who reflect on our shared histories while imagining the futures we want to build, transforming the city into a living stage for all.”
The inaugural KL Fest in 2024 drew over 140,000 visitors, activated 26 venues and generated more than 800 creative jobs and gigs – demonstrating the role of culture in revitalising the historic core of the area.
To sustain its largely free and accessible programming, KL Fest is expanding its partnership network across the corporate, philanthropic and creative sectors. Organisations interested in supporting cultural accessibility, youth engagement and urban revitalisation are invited to explore sponsorship and collaboration opportunities.
Updates are available at the KL Festival website (klfestival.com.my) and on social media platforms.
--END--
KUALA LUMPUR, 13 MAC 2026 – Denyut nadi bersejarah Kuala Lumpur kembali berdenyut semula. Bermula dari 6 sehingga 31 Mei 2026, KL Festival (KL Fest) bakal membawa transformasi merentasi bangunan warisan,jalanan dan ruang awam di Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai usaha untuk meraikan seni, budaya dan pengalaman sivik bersama yang terangkum, sebahagian besarnya adalah percuma dan mesra seisi keluarga. Sebagai platform kebudayaan utama ibu kota, KL Fest menjemput orang ramai untuk mengenali semula Kuala Lumpur dengan cara yang baharu dan tidak disangka-sangka.
Selama 26 hari, KL Fest dipersembahkan di 25 tempat acara, ruangan awam dan jalanan yang menampilkan lebih 80 aturcara yang berlangsung selama lebih 700 jam. Dengan 90% acara percuma dan terbuka untuk khalayak awam, pesta ini menjadikan dunia seni lebih terangkum, pada masa yang sama memupuk budaya penglibatan di peringkat bandar secara lebih menyeluruh.
KL Fest dianjurkan oleh Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, serta disokong oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri) sempena Tahun Melawat Malaysia, Warisan KL dan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO. Melalui pengaktifan kebudayaan berkurasi dan aturcara yang diterajui oleh komuniti, pesta ini memacu peningkatan pengunjung, sokongan perniagaan dan peneguhan jati diri sivik.
Dengan ilham tema “Ingatan & Masa Depan (Memory & Tomorrow)”, pesta edisi 2026 ini meneroka bagaimana cerita yang kita warisi membentuk masa depan yang kita bayangkan. Berakarkan kekayaan warisan Malaysia, pada masa yang sama aktif melibatkan suara golongan belia, KL Fest menjambatani pelbagai generasi melalui rampai sari aturcara yang menghidupkan semula wayang kulit, tarian kontemporari, seni pemasangan imersif, teater dan wayang pacak—semua ini berlaku dengan berlatarbelakangkan ibu kota.
KL Fest 2026 turut mempersembahkan beberapa tayangan perdana seni Malaysia dan Asia yang mewakili jelajah karya antarabangsa yang dibawa buat julung kalinya kepada penonton tempatan. Sebagai sebahagian daripada rangkaian pertukaran kebudayaan yang meluas, KL Fest menempatkan Kuala Lumpur sebagai hab serantau bagi dialog seni kontemporari. Pesta ini mengetengahkan persembahan seperti Fragments of Tuah oleh Mark Teh & Faiq Syazwan Kuhiri (Malaysia, pementasan di ASWARA), Pending oleh January Low (Malaysia, pementasan di Dewan Nenek Moyang Chan She Shu Yuen), Origin of a Tale oleh Collectif Kahraba (Lubnan, pementasan di Rumah Tangsi), Chapter 2 oleh Pichet Klunchun (Thailand, pementasan di ASWARA) dan Lessons of Silence oleh Agnes Christina (Indonesia, pementasan di Godown Ares Centre ). Aturcara yang mesra seisi keluarga, tertumpu kepada golongan belia dan juga terangkum termasuklah:
• Siapa Cacat? – sebuah teater yang diterajui oleh produksi golongan Orang Kurang Upaya [OKU] (GMBB)
• Jogeton – joget lambak dan pertandingan tarian (Dataran Merdeka)
• Irama Pusaka – perayaan warisan seni muzik Malaysia selama tiga malam bersama Orkestra KL, Gangsapura, Orkestra Cina Lee Rubber, sebuah ensemble tradisional India dan pemuzik adiguru dari Borneo (Auditorium Bandaraya)
• Warung Terang – transformasi jalan dan lorong melalui pencahayaan, pemetaan unjuran dan penceritaan oleh Filamen
• The Wayang Women – sebuah kumpulan wanita yang menghidupkan semula wayang kulit dengan naratif dan gaya persembahan moden (Dataran Merdeka)
• Acara Filem pada hujung minggu dengan kerjasama FINAS
• Artskap ASWARA – bengkel, studio terbuka dan persembahan (ASWARA)
• Seni Pemasangan Awam – dengan kerjasama KL Architecture Festival Competition
• Berkelah di Bawah Layar – berkelah sambil menonton wayang pacak (Dataran Merdeka)
• Planet KL – aturcara mesra seisi keluarga yang meneroka hidupan liar sekitar Kuala Lumpur seperti memerang, ekosistem sungai dan penglibatan dalam aktiviti berkaitan (River of Life)
• The Making of Merdeka Textile Museum: A Creative Journey (Stadium Merdeka Foyer)
Dato ‘Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City berkata “KL Fest membuktikan bagaimana budaya dapat menghidupkan ruang awam dan menghubungkan kita dengan kota. Bukan sekadar acara demi acara, pesta ini mencerminkan keyakinan kami bahawa sebuah bandar yang mampu huni dibentuk bukan semata melalui bangunannya, sebaliknya dengan cara orangnya hidup dan menghidupkan ruangan bersama.”
June Tan, Pengarah Seni KL Fest turut berkata, “Pesta ini menjemput kita untuk merenung ibu kota melalui kaca mata yang lebih teliti—untuk menyedari cerita yang tersembunyi di sebalik jalan, bangunan dan komuniti kita. Dengan tema “Ingatan & Masa Depan,” kami membawa artis yang menggalas sejarah bersama kita, pada masa yang sama mereka membayangkan masa depan yang ingin kita bina, sambil mentransformasikan kota ini menjadi pentas untuk semua.”
KL Fest pertama pada tahun 2024 menarik lebih 140,000 pengunjung, pengaktifan 26 tempat dan menjana lebih daripada 800 peluang pekerjaan kreatif—membuktikan peranan budaya dalam pemulihan pusat bersejarah di kawasan tersebut.
Bagi menampung sebahagian besar aturcara secara percuma dan terangkum, KL Fest melebarkan rangkaiannya menerusi kerjasama dengan bidang korporat, kebajikan dan kreatif. Organisasi yang berminat dalam menyokong aksesibiliti kebudayaan, penglibatan golongan belia dan pemuliharaan bandar dijemput untuk meneroka peluang tajaan dan usahasama.
Aturcara terkini di platform media sosial dan laman sesawang KL Festival (klfestival.com.my).
--TAMAT--