Date: 8 July 2025, Tuesday
Location: Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 8 July 2025 — In the spirit of Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia MADANI, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), a wholly owned subsidiary of Permodalan Nasional Berhad (PNB), joined forces with Think City, a wholly owned subsidiary of Khazanah Nasional Berhad, today launched a new cycle of the Merdeka 118 Community and Kreatif KL Grants Programme.
Speaking at the official launch, Minister in the Prime Minister Department (Federal Territories), YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa said, “Warisan KL is our blueprint to realise the Kuala Lumpur Local Plans 2040-where innovation, opportunity and inclusive public spaces define a truly Malaysian city. Achieving this vision demands layered partnerships-government, GLICs, private sector, NGOs and communities-working together across precincts to cluster meaningful and lasting impact. Real change demands shared ownership, and these grants programmes are vital in enhancing the city’s vibrancy and bringing the people’s passion to life.”
Both grant streams adopt a precinct model—Petaling Street, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, Kampung Attap and Pudu—ensuring catalytic investment where it matters most. Since 2021, PNB has injected nearly RM5 million into grants, benefiting 21 local projects ranging from heritage trails to social enterprise pop-ups as well as other initiatives, including public realm improvements, entrepreneurship support, and job placement assistance.
Think City’s Kreatif KL programme complements this by seeding the creative–cultural economy across the broader KL historical core. Since 2020, 67 innovative projects have been supported with over RM 6 million in funding, ranging from grassroots cultural activations and placemaking to creative enterprise and public space revitalisation. These efforts reflect the essence of the Warisan KL vision, building a vibrant and inclusive city through community imagination, cultural expression, and place-based transformation.
Group Chairman of PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, shared, “As part of Warisan KL, Merdeka 118 plays an important role in supporting the city’s cultural regeneration, heritage tourism and broader nation-branding ambitions. We are pleased that the Merdeka 118 Community Grants Programme is now part of a collective effort to reimagine Kuala Lumpur through Warisan KL. From the beginning, this initiative has been about renewal with the community at its heart. We have seen first-hand how these initiatives create tangible outcomes.”
Managing Director of Think City, Dato’ Hamdan Abdul Majeed, commented, “We’ve partnered with the Merdeka 118 Community Grants Programme since its inception and witnessed how grassroots initiatives can reshape the urban landscape with the right support. With the integration of both of our grant programmes, and the Kreatif KL Grants Programme supported by the Ministry of Finance, we are able to deliver a more holistic approach to urban regeneration, fueling ground-up creativity and empowering communities to take part in shaping the future of the city. These efforts are building momentum on the ground, reflecting a broader story of change where people reclaim public spaces, revive local identity, and bring the Warisan KL vision to life.”
Submissions for both grant programmes open on 8 July 2025:
• Merdeka 118 Community Grants Programme/ Closes: 10 August 2025
Themes: Cultural Heritage Preservation; Community Empowerment;
Content & Activation
• Kreatif KL Grants Programme / Closes: 24 August 2025
Themes: Cultural Identity & Heritage; Activation & Engagement; Economic Growth & Innovation; Environmental Sustainability
For more information and to apply, please visit www.merdeka118.com or www.thinkcity.com.my.
- END-
Momentum Warisan KL Terus Meningkat: PNB Merdeka Ventures & Think City Bekerjasama dalam Inisiatif Komuniti Merdeka 118 dan Geran Kreatif KL
Kuala Lumpur, 8 Julai 2025 — Semangat Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia MADANI terus disemarakkan apabila PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), berganding bahu dengan Think City, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, untuk melancarkan pusingan baharu Program Geran Komuniti Merdeka 118 dan Kreatif KL.
Semasa berucap di majlis pelancaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, "Warisan KL menjadi panduan utama dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 di mana inovasi, peluang dan ruang awam inklusif membentuk identiti sebenar sebuah kota Malaysia. Untuk mencapai visi ini, kerjasama pelbagai lapisan amat penting antara kerajaan, GLIC, sektor swasta, NGO dan komuniti merentasi kawasan untuk mewujudkan impak yang bermakna dan berkekalan. Perubahan sebenar menuntut rasa pemilikan bersama, dan program geran seperti ini memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kota serta merealisasikan aspirasi rakyat."
Kedua-dua aliran geran ini menggunakan pendekatan berasaskan presint meliputi Jalan Petaling, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, Kampung Attap dan Pudu, bagi memastikan pelaburan bersifat pemangkin disalurkan ke lokasi yang paling memerlukan. Sejak 2021, PNB telah menyalurkan hampir RM5 juta kepada 21 projek tempatan, merangkumi laluan warisan, pop-up perusahaan sosial serta inisiatif lain seperti penambahbaikan ruang awam, sokongan keusahawanan dan bantuan penempatan pekerjaan. Program Kreatif KL anjuran Think City pula melengkapi usaha ini dengan memperkukuhkan ekonomi kreatif dan budaya di kawasan teras bersejarah KL. Sejak 2020, sebanyak 67 projek inovatif telah menerima sokongan dengan pembiayaan melebihi RM6 juta, termasuk aktivasi budaya akar umbi, pemerkasaan ruang awam dan pembangunan perusahaan kreatif. Segala usaha ini mencerminkan semangat Warisan KL, membina sebuah kota yang berkembang pesat, inklusif dan penuh daya cipta melalui imaginasi komuniti, ekspresi budaya dan transformasi berasaskan tempat.
Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Seri Dato’ Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata, “Sebagai sebahagian daripada Warisan KL, Merdeka 118 memainkan peranan penting dalam menyokong usaha menghidupkan semula budaya, dan menggalakkan pelancongan warisan di ibu kota, selain mencapai matlamat penjenamaan negara yang lebih luas. Kami berbesar hati kerana Program Geran Komuniti Merdeka 118 kini merupakan sebahagian daripada usaha sama untuk membayangkan semula Kuala Lumpur menerusi Warisan KL. Sejak dari mula lagi, inisiatif ini berteraskan usaha pembaharuan bersama komuniti sebagai tunjang utamanya. Kita telah melihat sendiri bagaimana inisiatif ini dapat memberikan hasil yang nyata.”
Pengarah Urusan Think City, Dato’ Hamdan Abdul Majeed, mengulas, “Kami berganding bahu dengan Program Geran Komuniti Merdeka 118 sejak dari mula lagi dan melihat bagaimana inisiatif akar umbi ini membentuk semula persekitaran bandar berkat sokongan kukuh. Dengan penyatuan kedua-dua program geran ini, termasuk Program Geran Kreatif KL yang turut disokong oleh Kementerian Kewangan, kami dapat melaksanakan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam usaha peremajaan bandar, merangsang kreativiti dari peringkat akar umbi dan memperkasa komuniti untuk turut serta membentuk masa depan kota ini. Inisiatif-inisiatif ini semakin mendapat sambutan di peringkat lapangan, mencerminkan gelombang perubahan yang lebih luas, di mana rakyat mula menghidupkan semula ruang awam, memperkukuh identiti setempat dan menjayakan visi Warisan KL.”
Permohonan untuk kedua-dua program geran akan dibuka mulai 8 Julai 2025:
• Program Geran Komuniti Merdeka 118 / Tarikh tutup: 10 Ogos 2025
Tema: Pemeliharaan Warisan Budaya; Pemberdayaan Komuniti; Kandungan & Pengaktifan
• Program Geran Kreatif KL/ Tarikh tutup: 24 Ogos 2025
Tema: Identiti & Warisan Budaya; Pengaktifan & Libat Urus; Pertumbuhan Ekonomi & Inovasi; Kelestarian Alam Sekitar
Untuk maklumat lanjut dan memohon, sila layari www.merdeka118.com atau www.thinkcity.com.my.
-TAMAT-