OUR WORK

Program Rangkaian Arkeopelancongan

Wilayah Utara ​

(NRAN)
Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara (Northern Region Archaeotourism Network, NRAN) bertujuan untuk:
  • Membangunkan aset budaya ketara dan tidak ketara yang unik di utara Malaysia 
  • Membina ketahanan ekonomi
  • Mengetengahkan warisan negara yang kaya
  • Meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi.

NRAN adalah projek bernilai RM10 juta yang bermula pada tahun 2022.​
Warisan budaya ialah pemangkin untuk mencipta semula dan memposisikan semula pekan kecil dan kawasan luar bandar yang semakin merosot bagi membangunkan ekonomi sosial tempatan.​

Pendekatan pembangunan ekonomi berasaskan budaya sesuai untuk
wilayah utara yang merangkumi Perlis, Kedah, Perak dan Pulau
Pinang.
Peluang dan Cabaran
Petempatan prasejarah, kerajaan maritim, Kesultanan Melayu dan petempatan kolonial membentuk lapisan sejarah di wilayah ini. Sering dirujuk sebagai 'permata tersembunyi kerana kurangnya kesedaran dan pendedahan, aset yang belum diterokai ini memberi kelebihan kompetitif kepada wilayah ini terutamanya dalam sektor ekonomi budaya yang semakin berkembang. Namun, pembangunannya terhalang oleh beberapa faktor seperti ekosistem yang tidak terhubung, pengurusan yang lemah, bangunan warisan yang kurang dimanfaatkan, risiko pembangunan pesat dan lain-lain.​
Pemangkin Warisan Budaya
Warisan budaya adalah pemangkin untuk memperbaharui dan meletakkan semula pekan kecil dan kawasan luar bandar yang terpinggir supaya dapat membangunkan ekonomi sosial tempatan. Tempat-tempat ini ketinggalan berbanding kawasan bandar yang berkembang pesat, mengalami penghijrahan intelektual muda serta populasi yang menua dan aset warisan budaya tidak dimanfaatkan untuk pembangunan inklusif. Lebih banyak pelaburan diperlukan untuk mencipta pekerjaan, memperbaiki taraf hidup dan menjenamakan semula citra destinasi.

Wilayah utara Malaysia memperlihatkan bukti evolusi manusia berusia hampir 2 juta tahun dan interaksi tamadun dengan alam sekitar​

Menurut sejarah, rantau ini merupakan pusat penghijrahan, perdagangan, dan penempatan awal di Malaysia. Ini menjadikannya sebuah gudang kekayaan budaya yang penting dalam membangunkan fabrik pelbagai etnik, agama, dan budaya Malaysia. Lapisan sejarahnya menunjukkan hubungan di antara manusia awal di rantau ini dengan persekitaran mereka, kesan fenomena alam sekitar dan geomorfologi, corak penghijrahan, serta kemajuan sosial dan teknologi.​
Pendekatan Kami
Kami membangunkan rangka kerja yang kukuh yang diadaptasi daripada Nilai Keunggulan Sejagat UNESCO (Outstanding Universal Value, OUV) untuk menyusun rangkaian serantau berdasarkan pelbagai lapisan sejarah berusia lebih satu juta tahun dan meliputi skala seluas empat buah negeri.

Rangka kerja ini mengambil kira nilai-nilai penting, matlamat, isu-isu dan hasil yang diperlukan untuk menangani kekurangan di setiap tapak. Ia membantu mengenal pasti naratif yang hilang dan memberi maklumat kepada intervensi program.
Program NRAN mempunyai strategi intervensi tiga serampang:​

  • Geran Pemangkin Ekonomi Budaya (Cultural Economy Catalytic Grants, (CECG)) memberi tumpuan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti dengan mengumpul idea baharu.​
  • Usahasama strategik menyasarkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan pihak berkepentingan lain, bagi membina pemilikan dan memindahkan pengetahuan supaya terpelihara dan menarik pelaburan.​
  • Inisiatif Pengurusan melibatkan program pacuan kendiri Think City, terutamanya dalam perancangan strategik dan merapatkan jurang yang ketara.​
Output Program
Kami mencipta naratif menyeluruh dengan mewujudkan rangkaian bersepadu tapak budaya, semula jadi, dan arkeologi berdasarkan meta-naratif rantau ini. Kami mengkurasi dan melapisi sejarah rantau ini melalui 62 projek di 15 tapak kurang dikenali dalam 4 negeri.​
Pendekatan pembangunan ekonomi berasaskan budaya untuk memacu ekonomi tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan faedah kepada komuniti dan perniagaan tempatan​.
> 7,000 orang tempatan dengan kemahiran diperlengkap​
>4,300​
penglibatan pelajar
sekolah & belia ​

>350​
penglibatan ahli
masyarakat ​

>300​
pemandu pelancong
terlatih​

>100 ​
penterjermah komuniti
terlatih ​

1,713
orang diambil
bekerja melalui projek-
projek tersebut ​

65%
pekerja dari
industri kreatif dan budaya 

>170
perniagaan
tempatan didukung ​
22,830
pelawat ke
acara atau pameran ​

1,704,791
penonton atau pembaca untuk melayari platform dalam talian ​cth. Laman sesawang, lawatan
maya, dokumentari ​

> RM11
mil
jumlah nilai PR yang dijana​
Hasil
Pendekatan berasaskan komuniti dan penggunaan budaya serta warisan untuk membina modal sosial mempunyai kesan
pemangkin dengan hasil positif. Ini meletakkan asas untuk rangkaian pelbagai laluan yang akan membuka kekayaan atau
‘permata tersembunyi’ dan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi, terutamanya di pekan-pekan kecil dan
kawasan luar bandar di wilayah utara.

Idea-idea yang kukuh yang dibangunkan oleh rangkaian neutral dan dihubungkan oleh nilai-nilai budaya, sosial, serta persekitaran yang signifikan. Rangkaian ini terdiri daripada titik kemasukan berbilang, kisah yang saling berkait, dan laluan tafsiran yang pelbagai.

Inisiatif pembangunan yang dipacu komuniti membantu membina rasa kepemilikan terhadap projek, yang lebih menggalakkan pembangunan lestari berbanding mengutamakan pelancongan sebagai pemacu utama atau pelancongan massa.

Peningkatan keterlihatan melalui promosi tapak membuka peluang kepada pengunjung tempatan dan asing untuk
meneroka dan menemui sendiri tempat-tempat tersebut, yang mana boleh menyebabkan mereka menginap lebih
lama.​

Hasil segeranya adalah mengubah persepsi kerajaan, masyarakat dan individu.​

Menjana minat yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi serta pelaburan ke dalam tapak, komuniti, dan pemain
pelancongan.​

Mempromosi pertukaran pengetahuan, penghasilan idea dan kerjasama di antara penerima geran, sekaligus mewujudkan kesan berganda.​

Nota: Beberapa projek terpilih yang dipaparkan adalah untuk membentangkan inisiatif yang pelbagai dan menyerlahkan jaringan yang menghubungkan aset arkeologi, semulajadi dan budaya yang unik di wilayah utara. Bagi senarai penuh semua penerima geran dan rakan usahasama, rujuk senarai penuh.

Rakan Strategik Kami
featured grants
Geran Pemangkin Ekonomi Budaya (CECG) dan Usahasama
Program geran dan usahasama ini adalah sebahagian daripada Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara (NRAN).
This report contains the survey results for Think City’s first Business Community Pulse Check. It was conducted in August 2020 in the downtown areas of Kuala Lumpur, Johor Bahru, and George Town.
OTHER projects
Related Expertise
Established in 2009, we are an impact organisation delivering on urban policy advisory, urban projects and venture building with the sustainable development goals as our guide.
Sign up for updates and join our urban conversation.
Your submission is a consent to process your personal data provided in accordance to your Privacy Notice in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (Act 709).
Email Address
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
What we do
Discover how our services can support you
GRANTS & ACTIVITIES
Fuel innovation and make an impact with a grant
Insights
Dive into data-driven insights that unlock knowledge
Ooops!
Generic Popup2